Monday 13 January 2014

KONSEP 1MALAYSIA TERSERLAH DI MAJLIS RUMAH TERBUKA KRISTMAS 2013 DAN TAHUN BAHARU 2014 PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

Memetik ucapan Dari YB.Datuk Rahman Datuk Hj.Dahalan ( Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ) semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Kristmas 2013 dan Tahun Baharu 2014, anjuran Pusat Khidmat Parlimen 169 Kota Belud dan Gabungan Gereja-Gereja Daerah Kota Belud di Dewan Tun Said Kota Belud pada 12 Jan 2014 menyimpulkan bahawa slogan 1 Malaysia di Kota Belud terserlah walaupun daerah ini di huni  93 ribu penduduknya dari pelbagai bangsa seperti bajau, Kadazan-Dusun, Irranun, Cina dan lain-lain dengan majoriti beragama Islam , kerukunan, kefahaman dan keseimbangan budaya serta toleransi beragama membuatkan perayaan seperti ini dapat dikongsi bersama dan dilangsungkan.
YB Datuk Rahman Datuk Hj Dahlan
Kota Belud Konsep 1 Malaysia

Memotong Kek  - Sebagai simbolik dan lambang perpaduan
Masyarakat Kota Belud, YB Datuk Rahman , YB Ukoh serta
tetamu turut serta dalam memotong kek tersebut.
YB. Datuk Rahman Hj. Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud adalah tetamu utama serta pencetus idea keatas kelangsungan Majlis yang julung kali dianjurkan ini , kehadiran pengunjung pada masa itu juga turut berpeluang menonton dalam pelbagai  persembahan dari Gereja-Gereja seperti Koir, Tarian Rebana serta penampilan nyanyian solo dari adik Princess Padili  rasa terhibur dan berpuas hati.

YB Ukoh @ Jeremy Malanjad ( ADUN N.7 Kadamaian ) tetemu di Majlis tersebut senada dan amat bersetuju dengan ungkapan dari Datuk Rahman ,  Bagi  Ewon Benedick - Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah  " Rasa gembira dan bangga menjadi sebahagian daripada acara ini , sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Parlimen Kota Belud dihoskan oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah mungkin Menteri beragama Muslim dari UMNO yang pertama menghoskan rumah terbuka Krismas " .  
 

Dr. Kibin Haji Samad ( Setiausaha Politik kepada Kementerian YB Datuk Rahman ), juga amat berpuas hati akan kelangsungan dan kejayaan acara ini semoga sikap berkongsi idea dari masyarakat Kota Belud dapat diteruskan tegasnya.

Kehadiran tetamu dari kalangan Ketua-Ketua Gereja dan NGO-NGO serta pemimpin-pemimpin Politik turut memeriahkan lagi majlis.

Kejayaan dan kelancaran majlis ini juga dipanjangkan terima kasih kepada tenaga kerja yang di ketuai oleh En. Idris Nanti ( Ketua Perhubungan Parlimen 169 Kota Belud ) serta pengerusi bersama Pastor Samry Maudin juga rakan-rakan dalam Jawatankuasa Majlis tersebut. 
 
YB Datuk , bersama dengan ADO Tuan Peter Jiton , En Ewon B
dan En.Majin P ( Pemimpin Kemajuan Rakyat Usukan ) serta
Para Jemputan  

Para Tetamu yang hadir di Majlis ini

Turut serta - Hadir pada Majlis ini ( Pelancong )
 
 Persembahan Angklong - SMK Narinang Kota Belud.
AJK Pelaksana - Bersama dengan En Idris Nanteh