Thursday 21 August 2014

JAWATANKUASA BAHAGIAN ,PERGERAKAN PEMUDA DAN WANITA PBS KADAMAIAN KOMITED UNTUK MEMPERKASAKAN PARTI

Hari ini selang seminggu pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Kadamaian ke 29 di Dewan Gopog, Taginambur pada 14 Ogos 2014 , Kepimpinan Bahagian , Pemuda dan Wanita untuk 2014 - 2017 telah diketahui dan jawatan utama ini semuanya bertukar, Kepimpinan Ketua Bahagian Parti diterajui oleh En.Barahim Taliban menewaskan penyandang jawatan iaitu Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Dr. Beting @ Joshua, terdahulu En Barahim Taliban berada di kem yang sama setelah menduduki Jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada tempoh 2011-2014.

Manakala Jawatankuasa Pergerakan Pemuda diisi oleh En.Johnny Sulukan tanpa pertandingan serta dibarisi oleh AJK baharu, begitu juga di Pergerakan Wanita Kadamaian penyandang tarbaharu iaitu Puan Felicia Sindan , secara kesimpulannya kesemua Jawatan utama ini orang baru dan sememangnya fokus serta corak kepimpinannya adalah berbeza dengan terdahulu. 

YB Johnny Mositun
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian, Pemuda dan Wanita N7 Kadamaian disempurna oleh YB Datuk Johnny Mositun ( Setiausaha Agung ) Parti Bersatu Sabah (PBS) menghendaki agar proses pemilihan pemimpin tidak hanya dilakukan mengikut lunas-lunas perlembagan parti tetapi juga bakal melahirkan pemimpin berkualiti yang dapat menyumbang idea-idea bernas ( gabungan veteren dan muda ) bagi memantapkan PBS pada keseluruhannya.

Seperkara lagi yang dibangkit oleh Setiausaha Agung ialah, Pemimpin PBS berharap dapat menilai secara rasional dapatan isu-isu berpaut di media-media social atau laman sesawang yang segaja memesong pemikiran golongan muda agar bertanggapan negetif terhadap PBS dan Kerajaan supaya ditangkis secara bijaksana, Justeru itu sebagai pemimpin pelapis yang berpengetahuan, berpendirian dan berwibawa untuk meneruskan legasi perjuangan PBS di masa hadapan.

Keputusan pemilihan ini kalau dinilai dan dihalusi sememangnya hujah Setiausaha Agung PBS dimanafat oleh 105 Perwakilan apabila pemimpin-pemimpin utama diterajui oleh orang baru yang berpengalaman dan sememangnya laungan tranfoamsi kini ada tanda-tanda untuk menarik hati para penyokong tegar PBS khususnya di Kadamaian.

Barahim Taliban  ( KP 2014-2017 )
Pada ucapan terima kasih Ketua Bahagian yang baharu, En. Barahim Taliban telah menggariskan dan mengumumkan beberapa isu dan galakan baru demi menyambung dan memertabatkan PBS, :- 

Point Ucapan Ketua Bahagian baharu.
  • Dengan gandingan baharu pada semua Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Wanita serta cawangan Parti serta pengundi di Kadamaian berganding bahu untuk dapatkan semula Kadamaian ditangan PBS pada PRU 14.
  • Memperkasakan Parti dengan mengwujudkan 10 Biro 
  • Memperkenalkan Majlis Penasihat dikalangan ilmuan dari segi pendidikan Rohani dan Moral
  • Memberi galakan sokongan kewangan kepada Pergerakan Wanita dan Pemuda untuk menjalankan aktiviti Parti.
  • Menstukturkan pentadbiran Parti dengan menyediakan Pejabat baru / Perhubungan demi kelancaran Program parti di bahagian dan cawangan.

Rakan-rakan Barisan Nasional juga merakamkan ucapan tahniah kepada kelancaran dan perlantikan Ketua Bahagian, Pergerkan Pemuda dan Wanita yang baru bagi sesi 2014 - 2017.

AGM Pergerakan Pemuda - Bilik Gerakan Tamu Darat

Perwakilan di Dewan Gopong, Taginambur Kota Belud





Friday 1 August 2014

PEMILIHAN / AGM PARTI PBS : 14 OGOS 2014 PENENTU CORAK KEPIMPINAN PBS DI KADAMAIAN

Jawatankuasa Pemilihan / AGM Parti PBS ke-29/2014 telah rasmi menutup pencalonan dan seterusnya menganalisis borang-borang pencalonan yang dihantar pada 31 Julai 2014, secara tidak rasmi sebanyak 66 cawangan PBS telah berjaya menghantar borang pencalonan. 

Dari laporan dan anaslisis yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan AGM Parti, semua jawatan di AJK Bahagian Parti dimaklumkan ada pertandingan , bermakna pada 14 Ogos 2014 ini perhitungan dan pemilihan calon-calon yang bertanding bergantung pada ahli perwakilan yang hadir.

Maklumat ringkas , Jawatan Ketua Bahagian Parti ( 3 Penjuru ) , Timbalan Ketua Bahagian ( 4 Penjuru ), Naib 1 ( 3 Penjuru ) , Naib 2 ( 2 Penjuru ) manakala AJK Bahagian 31 Ahli. Jikalau calon-calon yang bertanding ini  masih kekal dan tidak ada tarik diri maka jawatan yang menjadi  " Panas " ialah Jawatan Ketua Bahagian untuk edisi : 2014 - 2017, Penyandang sekarang untuk sesi 2011 - 2014 ialah Datuk Herbert Timbun Lagadan ( Mantan ADUN N.7 Kadamaian ), diwar-warkan pencabar Jawatan Ketua Bahagian ialah Timbalan Ketua Bahagian sendiri dan seorang bergelar " Dr ".

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian Parti N.7 Kadamaian akan menjadi tumpuan , para pemerhati dan penganalisis Parti berpendapat bahawa kesenimbungan kepimpinan Parti bergantung kepada pengemudi Induk di Kawasan Kadamaian akan datang , kerana sebelum ini Kadamaian yang selesa di tangan ADUN yang diwakili dari Parti PBS sendiri. Namun fenomena PRU 13 mengesahkan sebaliknya , kehilangan 5 ADUN dan 1 Parlimen semasa PRU 13 termasuk ADUN Kadamaian mungkin akan dijadi ukuran cakap-cakap dan point kempen calon-calon atau disebalik perubahan corak pemikiran dan aspirasi rakyat  jelata khususnya generasi muda masa kini.

Kepimpinan dan halatuju Parti untuk mengembalikan keyakinan rakyat menjadi cabaran berat untuk AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita kali ini kerana kecundangnya Parti PBS di kawasan majoriti KDM yang diwakili sejak tahun 1999 .  Secara ringkasnya, Pewakilan di setiap cawangan Parti  ( 8 Mukim ) akan berkumpul di Dewan Gopog, Taginambur Jaya, Kota Belud  pada 14 Ogos 2014 untuk menunaikan tanggungjawab untuk memilih Pemimpin  yang akan membarisi AJK Bahagian , Pemuda dan Wanita bagi sesi 2014 - 2017.

SENARAI AJK BAHAGIAN N.7 KADAMAIAN BAGI SESI 2011 - 2014

Ketua Bahagaian
:
Datuk Herbert Lagadan
Timbalan Ketua Bahagian
:
En. Barahim Taliban
Naib Ketua  1
:
En Joly Malubai
Naib Ketua 2
:
En. S.Amin Goling
Naib Ketua ( Pemuda )
:
En.Johnny Sulukan ( Memangku )
Naib Ketua ( Wanita )
:
Pn. Dyana Salagan
Setiausaha
:
En.Daimin Sulukan
Timbalan Setiausaha
:
En. Daudi Goroh
Bendahari
:
En.James @ Mudezaim Muyou
Penolong Bendahari
:
En. Ghani Sumbin
Pegawai Penerangan
:
En. Gompuhur Dengkiris



AJK :


:
En. Empin Galing


En. Jubelit Paun


En. Pilim @ Jesley Goporoi


En. Seipin Suali


En. Joseph Bangali


En. Albert Tanggau Kolod


En. Sembuoi Yangkat

" Tidak dinafikan PBS sebagai sebuah Parti Politik yang matang memerlukan proses transformasi politik dari segi organisasi, kepimpinan dan terus berjuang, saya yakin PBS akan dapat menyesuaikan dirinya dengan perubahan zaman dan menghasilkan tunas baru untuk mengemudi perjuangan Parti di abad ke 21 " ... YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan - Presiden Parti PBS ( Perutusan Mesyuarat AGM Tahunan kali ke 28/ 2013 PBS di Kadamaian ).

.....Kita akan menyusuri agenda AGM ini dengan mendengar dan melihat Visi, Matlamat perjuangan calon-calon yang akan bertanding kelak dalam edisi akan datang.  

Penganalisis kecil. 

Monday 13 January 2014

KONSEP 1MALAYSIA TERSERLAH DI MAJLIS RUMAH TERBUKA KRISTMAS 2013 DAN TAHUN BAHARU 2014 PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

Memetik ucapan Dari YB.Datuk Rahman Datuk Hj.Dahalan ( Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ) semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Kristmas 2013 dan Tahun Baharu 2014, anjuran Pusat Khidmat Parlimen 169 Kota Belud dan Gabungan Gereja-Gereja Daerah Kota Belud di Dewan Tun Said Kota Belud pada 12 Jan 2014 menyimpulkan bahawa slogan 1 Malaysia di Kota Belud terserlah walaupun daerah ini di huni  93 ribu penduduknya dari pelbagai bangsa seperti bajau, Kadazan-Dusun, Irranun, Cina dan lain-lain dengan majoriti beragama Islam , kerukunan, kefahaman dan keseimbangan budaya serta toleransi beragama membuatkan perayaan seperti ini dapat dikongsi bersama dan dilangsungkan.
YB Datuk Rahman Datuk Hj Dahlan
Kota Belud Konsep 1 Malaysia

Memotong Kek  - Sebagai simbolik dan lambang perpaduan
Masyarakat Kota Belud, YB Datuk Rahman , YB Ukoh serta
tetamu turut serta dalam memotong kek tersebut.
YB. Datuk Rahman Hj. Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud adalah tetamu utama serta pencetus idea keatas kelangsungan Majlis yang julung kali dianjurkan ini , kehadiran pengunjung pada masa itu juga turut berpeluang menonton dalam pelbagai  persembahan dari Gereja-Gereja seperti Koir, Tarian Rebana serta penampilan nyanyian solo dari adik Princess Padili  rasa terhibur dan berpuas hati.

YB Ukoh @ Jeremy Malanjad ( ADUN N.7 Kadamaian ) tetemu di Majlis tersebut senada dan amat bersetuju dengan ungkapan dari Datuk Rahman ,  Bagi  Ewon Benedick - Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah  " Rasa gembira dan bangga menjadi sebahagian daripada acara ini , sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Parlimen Kota Belud dihoskan oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah mungkin Menteri beragama Muslim dari UMNO yang pertama menghoskan rumah terbuka Krismas " .  
 

Dr. Kibin Haji Samad ( Setiausaha Politik kepada Kementerian YB Datuk Rahman ), juga amat berpuas hati akan kelangsungan dan kejayaan acara ini semoga sikap berkongsi idea dari masyarakat Kota Belud dapat diteruskan tegasnya.

Kehadiran tetamu dari kalangan Ketua-Ketua Gereja dan NGO-NGO serta pemimpin-pemimpin Politik turut memeriahkan lagi majlis.

Kejayaan dan kelancaran majlis ini juga dipanjangkan terima kasih kepada tenaga kerja yang di ketuai oleh En. Idris Nanti ( Ketua Perhubungan Parlimen 169 Kota Belud ) serta pengerusi bersama Pastor Samry Maudin juga rakan-rakan dalam Jawatankuasa Majlis tersebut. 
 
YB Datuk , bersama dengan ADO Tuan Peter Jiton , En Ewon B
dan En.Majin P ( Pemimpin Kemajuan Rakyat Usukan ) serta
Para Jemputan  

Para Tetamu yang hadir di Majlis ini

Turut serta - Hadir pada Majlis ini ( Pelancong )
 
 Persembahan Angklong - SMK Narinang Kota Belud.
AJK Pelaksana - Bersama dengan En Idris Nanteh