Tuesday 5 November 2013

TEKA-TEKI ADUN N.7 KADAMAIAN UMUM KELUAR PKR MENJADI WAKIL RAKYAT BEBAS MENJADI REALITI DEMI KELANGSUNGAN PEMBANGUNAN KAWASAN KADAMAIAN

 
Fantasi yang ditunggu-tunggu sejak dua bulan lalu , ketika artikel saya bertajuk “REALITI vs FANTASI ADUN N.7 KADAMAIAN BERPALING TADAH “ sudah terjawab apabila punya badan sendiri telah menyuarakan keluar Parti PKR dan menjadi ADUN bebas menyokong Barisan Nasinoal apabila YB UKOH @ JEREMY MALAJAD membuat sidang akhbar ( 04 Nov 2013 ), isu ini menjadi tajuk utama dalam media massa, facebook namun disebalik kehangatan berita ini tersimpan agenda-agenda yang tersurat yang harus di sempurnakan demi kelangsungan pembangunan di Kawasan Kadamaian.

 "
Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian," luahan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN N.7 Kadamaian, Jeremmy Malajad ketika menyuarakan isu tersebut.

Dengan keputusan keluar parti oleh ADUN N.7 KADAMAIAN ini berbagai reaksi para pembaca dan pengkritik , menurut En Mohd Ibadat Roy “ Perubahan di kedamaian bukanlah disebabkan Barisan Nasional dibenci oleh masyarakat Kedamaian,cuma tsunami yang berlaku kerana cuma mahukan calon berubah.. “ ,  En.Jonathan Yasin dengan berani mencabar YB , untuk meletak jawatan untuk memberi laluan PRU keci. , “ Suruh dia kosongkan DUN Kadamaian, kalau dia menang tiket bebas baru tahu rakyat mahu bebas atau tidak
“  , tetapi bagi En. Myzone Bansai Subun, “ YB Ukoh memang mengkhianati parti PKR  tetapi belum tentu mengkhianati rakyat N.7 KADAMAIAN ...fahami aspirasi kadamaian yang sebenar sebelum menghukum seseorang sebagai pengkhianat rakyat “
Dari penghayatan saya dan sebagai pengundi di DUN N.7 Kadamaian, secara peribadi kelangsungan pembangunan infrastuktur di Kadamaian haruslah diteruskan dan sangat diperlukan, untuk merealasasikan agenda tersebut tindakan berani di ambil kira , sekurang-kurangnya ADUN bebas yang menyokong pemerintah ( Kerajaan ) akan mecerahkan permintaan masyarakat / rakyat di Kawasan yang diwakili oleh YB.  Peruntukan ADUN sudah tentu dapat disalurkan kepada kawasan pengundinya tanpa sekatan, Disebalik penghijrahan YB Ukoh ini ke Kem Kerajaan sekurang-kurangnya Wakil Rakyat N.7 KADAMAIAN akan duduk bersama-sama dalam Mesyuarat Tindakan Daerah agar agenda dalam daerah di Kota Belud ini dapat didengar dan dapat juga menyuarakan isu-isu Kota Belud amnya Kawasan DUN N.7 KADAMAIAN.
Penghijrahan ini juga merungkai beberapa persoalan yang tersirat  terutama melibatkan kepimpinan tertinggi kompenan parti Barisan Nasional, kerana diwar-warkan YB tidak akan bertahan lama sebagai calon bebas kerana sebuah Parti Kompenan Barisan Nasional memberi Bahtera untuk pelayarannya dalam perjuangan memakmurkan Kawasan Kadamaian, isu-isu kecil seperti perlantikan sokongan ( duduk di Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat ), Kepimpinan peringkat kampung serta slot-slot penyokong tegar semasa di Parti PKR  juga musuh setru semasa PRU 13 tetap diambil kira.
Namun semua persoalan ini sudah tentu telah dinilai sebelumnya oleh YB Ukoh sebelum bertindak untuk berpindah parti  " Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit, katanya. Sambil menyatakan komitmennya tidak berubah dalam membantu rakyat di kawasannya, juga beliau mahu terlibat secara langsung bagi merealisasikan pelbagai program transformasi yang dilaksana oleh kerajaan BN “.