Sunday 24 January 2016

TANGGUNGJAWAB & BERSATU ADALAH TUNJANG UNTUK MEMENANGI DUN N7 KADAMAIAN PADA PRU 14.


Gesaan YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ( Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ) agar bersatu dan berkerjasama rapat untuk memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian dikuasai BN pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Beliau menegaskan bahawa pentingnya kesepaduan atau perpaduan pada kalangan anggota dan pemimpin BN bagi memastikan kemenangan BN di kerusi itu yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Belud.
ADUN N7 Kadamaian
YB Jeremy Malajad 
( Ketua Bahagaian PBRS Kadamaian ) 
" Lupakan semua yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-13. Peluang BN untuk memenangi kerusi Kadamaian amat berisiko jika ahli dan pemimpin BN tidak bersatu.
Salleh, selaku Pengerusi BN dan Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata demikian dalam mesej beliau kepada pemimpin parti komponen BN Kota Belud pada mesyuarat khas di sini hari ini ( 23 Jan 2016 ).

Ewon Benedick 
Ketua Bahagian UPKO KB
Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud Datuk Musbah Jamli, Adun Kadamaian Jeremy Malajad, yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Kadamaian,
Demis Rumanti 
Ketua Bahagian PBS Kadamaian
dilantik pada 16 Okt 2015 

Ketua Upko Kota Belud Ewon Benedick dan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kadamaian Demis Rumanti. 

Bertepatan pada nasihat Pengerusi BN Kota Belud ini tahun 2016 adalah dianggap oleh para pemerhati politik sebagai Pra PRU 14 sebelum berakhir dikembalikan kepada rakyat pada tahun 2018 makanya masa untuk memperkasakan Parti dengan saling berkerjasama.

Memperkukuh solidariti dan  mengelakkan perpecahan mesti disahut dengan baik. mengamalkan semangat ’sehati sejiwa’ bagi berhadapan cabaran yang semakin getir. Justeru,  ‘kesatuan hati’ dituntut bagi membolehkan ahli menjiwai erti perjuangan parti – untuk agama, bangsa dan negara ... seru YAB Perdana Menteri .