Friday 28 August 2015

MESYUARAT CAWANGAN PARTI PBS KADAMAIAN BERSIDANG PADA 30 OGOS 2015 - IMPAKNYA PADA PEMILIHAN KETUA BAHAGIAN

“ Perjuangan tetap diteruskan “, “ PBS masih releven di Kadamaian “,  itulah kata-kata sebahagian penyokong tegar Parti PBS di Kadamaian,  Perjuangan pucuk pimpinan akar umbi PBS kembali diperkatakan apabila secara serentak mengadakan Mesyuarat Agung pemilihan untuk penyusunan semula AJK PBS Peringkat cawangan pada 30 Ogos 2015 hujung minggu ini.

Dalam pertemuan ketua-ketua cawangan bersama YBHG Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras Bahagian N.7 Kadamaian ) baru-baru ini telah menetapkan tarikh tersebut telah dipilih untuk mengadakan Mesyuarat Agung ( Penyelarasan semula cawangan ) dan seterusnya Peringkat Bahagian, dari maklumat yang terdekat hanya 39 cawangan sahaja yang layak untuk mengadakan mesyuarat agung dan seterusnya penentu kepada pemilihan pucuk pimpinan PBS Bahagian.

YBHG Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras Bahagian N7 Kadamaian )
bersama-sama dengan Jawatankuasa Penyelaras Kadamaian
dan Pengerusi-Pengerusi Cawangan 

Daniel Samudin
Pengerusi Cawangan
Kg Taginambur Jaya
Membayangkan kepada penarju kepimpinan Parti PBS di Kadamaian ( Jawatankuasa Bahagian Parti ) , ramai yang mentafsirkan bahawa salah satu penentu kepada pilihan Ketua Bahagian dan Jawatankuasanya adalah pada peringkat pemilihan cawangan dan perwakilan kelak , kebenaran ini tidaklah penentu mutlak , berbalik pada Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan dikabarkan bahawa ada ketua-ketua cawangan yang akan mempertahankan jawatan , juga ada yang memberi laluan kepada kepimpinan baharu , sistem demokrasi yang masih subur dikalangan ahli menjadi ukuran untuk perkara ini dan sememangnya diterima dalam semua pertandingan,

Aljon K.Timbun
Pengerusi Cawangan
Kg Tamu Darat
Parti PBS yang berusia 31 tahun ini kekal bertahan dan diterima oleh rakyat dalam wadah perjuangan Politik Negeri Sabah, Ketokohan Huguan Siou, YAB Datuk Seri Panglima Joseph Pirin Kitingan ( Priseden Parti ) menjadi tunjang dan atas dasar inilah penerimaan kekal dihati rakyat, cuma berbeza berlaku di Kadamaian pada PRU 13 apabila calon dari PBS tewas.

Dari ukuran inilah peluang untuk mengembalikan penerimaan Parti PBS di Kadamaian haruslah dari ke Peringkat Cawangan, sebahagian cawangan tidak dapat diaktifkan atas ketidak sempurnaan urus tadbir parti sehingga terlepas pada AGM kali ini,   

Gurad Selimun
Pengerusi Cawangan
Kg Telungan 
Membariskan kepimpinan baharu peringkat cawangan juga diambil kira dalam memperjuangkan Parti disamping itu penerimaan dan mengkekalkan pucuk pimpinan lama menjadi mentor diseimbangkan agar legasi idea dan perjuangan tetap seiring.

Andrew L.Talud
Pengerusi Cawangan
Kg Tambulion Laut
Mengimbas, ucapan Presiden Parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa ulangtahunnya ke 72 , Beliau berkata, walaupun banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam arena politik negara sepanjang tempoh , namun PBS berjaya menghadapinya dengan penuh ketabahan, keyakinan dan kekuatan.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kejayaan itu adalah hasil sokongan berterusan rakyat dan pemimpin parti di semua peringkat termasuk anggota majlis tertinggi, ketua bahagian dan pemimpin akar umbi ( cawangan ) , pimpin parti yang selama ini begitu tabah untuk bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat, marilah kita terus memperbaharui tekad untuk terus menabur bakti kepada rakyat dan negeri ini demi kebaikan semua,"
 
Melon Yaming
Pengerusi Cawangan
Kg Melangkap Kapa


Jestru itu , Walau apapun perubahan dan rombakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan , berubah atau kekal tidaklah semestinya ini mencerminkan senario sebenar barisan hadapan, semua ini hanyalah pendapat penulis sendiri.


Siapalah yang menawar diri mengepalai ( Ketua Bahagian ) ?, Kita akan sama-sama menanti .