Monday 19 October 2015

BARISAN KEPIMPINAN AJK BAHAGIAN PBS KADAMAIAN DIKETUAI OLEH EN DEMIS RUMANTI

Kira-kira jam 3.20 petang pada 16 Okt 2015 di Dewan Sorob Tambulion Kota Belud barisan kepimpinan AJK Bahagian PBS Kadamaian telah diumumkan oleh  Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras AGM PBS Kadamaian kali ke 30 merungkai spekulasi siapa penarju kepimpinan PBS untuk 2015 hingga 2017 dan penantian ahli setia PBS Kadamaian setahun tanpa pengemudi di Bahagian ( Kadamaian ).

Presiden Parti PBS
Mesyuarat Agung PBS Kadamaian kali ke 30 ini telah dirasmi oleh Presiden Parti PBS  YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,pada ucapan perasmian Presiden Parti menasihati kepada semua ahli penyokong PBS di Kadamaian agar senentiasa memberi sokongan kepada ketuanya walaupun siapapun yang akan terpilih, disamping itu memperkasakan jentera Parti untuk persediaan Pilihanraya yang akan datang.

Dengan terbentuknya AJK bahagian Parti diketuai oleh En Demis Rumanti maka sekurang-kurangnya kedahagaan aktiviti ahli parti dapat direalasasikan agar tidak ketinggalan dalam memperjuangkan nasip rakyat amnya di Kadamaian, En Demis Rumanti juga seorang pejuang Parti sebelum ini terpilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian ( AGM ke 29/ 2014 ) telah menewaskan En Daimin Sulukan mantan Setiausaha Bahagian PBS Kadamaian 2011 - 2014 ), En.James @ Mudezaim Muyou ( Mantan Bendahari  Bahagian PBS 2011 - 2014 ) dan Dr Beting @ Joshua B ( Calon AGM ke 29 / 2014 ).
Ketua Bahagian
En Demis Rumanti

Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian diisi oleh En Ghani Sumbin ( Mantan Timbalan Bendahari  AJK 2011 - 2014 ) menewaskan rakan seperjuangan iaitu En Aljon K.Timbun , En Ricky Mondin yang bersaing dengan En Seipin Suali untuk slot Naib 1 telah dengan hormatnya En Seipin Suali memberi laluan kepadanya apabila undian perwakilan sama ( seri ), Naib II disandang oleh En Duis Walter Kandayon mengalahkan pesaing muda iaitu En Pinol Timbun, Manakala lima AJK Bahagian diisi oleh En Jaibi Kolu, En Albert Benjamin, En John Karid, En Aloysius Sindeh dan En Verocheel Palalun.

AJK Bahagian PBS 2015 - 2017
Pada ucapan pertama Ketua Bahagian ini , Dia merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua perwakilan yang mempercayainya untuk menerajui Parti PBS ( Bahagian ) untuk panggal ini, juga intipati dan suara hatinya bersama AJK Bahagian agar dapat memperjuang serta dimertabatkan Parti melalui menambah keahlian dan menghidupkan cawangan sedia ada disamping mengujudkan biro-biro khusus untuk mengaktifkan aktiviti Parti.

Kehadiran Pemerhati
GM ke 30 PBS Kadamian
Pada AGM PBS Kadamaian ke 30 ini hanya 56 perwakilan sahaja daripada 37 cawangan menunaikan pilihan kepimpinan Parti.    






Thursday 8 October 2015

AGM PBS KADAMAIAN PADA 16 OKT 2015 PENENTU SEMULA KEPIMPINAN PBS BAHAGIAN ( KADAMAIAN )

16 Okt 2015 bersamaan hari Jumaat di Dewan Sorob Kota Belud , Mesyuarat Agung PBS Kadamaian akan diadakan, bertepatan dengan Artikel 35 (ii ) Perlembagaan Parti Pindaan 1998, iaitu notis panggilan mesyuarat  , makanya tarikh ini dipilih dan amat bersesuaian , AGM PBS Kadamaian ini dirasmi oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan ( Priseden Parti PBS ).

Namun yang menjadi tumpuan adalah penarju kepada kepimpinan Parti ( Ketua Bahagian ), pengesahan diterima bahawa selepas tarikh akhir yang diberikan oleh Jawatankuasa Penyelaras Bahagian diketuai oleh Datuk Jahid Jahim rata-rata yang menawarkan diri menjadi calon untuk menjadi Ketua Bahagian telah menandatangani penerimaan untuk mengesahkan dirinya calon Ketua Bahagian. 

Pada 25 Sept 2015 yang lalu ketua-ketua cawangan Parti telah dijemput mendengar taklimat dan menerima borang pencalonan , penghantaran pencalonan berakhir pada 01 Okt 2015 dan seterusnya pembukaan penerimaan senarai calon dibuat di Ibu Pejabat Parti, seperti yang dijangka bahawa pencalonan Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian , Naib 1 , Naib 2 dan AJK telah diumumkan, Pemerhati yang hadir pada pengumuman tersebut menyuarakan pendapat masing-masing dan rata-ratanya dianggap pertandingan antara keluarga.

Tumpuan utama pada AGM ini ialah siapakah Ketua Bahagian PBS Kadamian yang baharu ? pengesahkan dari empat individu untuk menjadi Ketua Bahagian menjadi bualan dan saling mengukur ketokohan masing-masing,
En Daimin Sulukan - PPM Kadamaian 
 En Demis Rumanti ( Mantan Timbalan Ketua Bahagian - AGM ke 29/2014 ), En Daimin Sulukan ( Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( PPM ) / Mantan Setiausaha Bahagian PBS Kadamaian 2011 - 2014 ) ,En.James @ Mudezaim Muyou ( Mantan Bendahari  Bahagian PBS 2011 - 2014 ) dan Dr Beting @ Joshua B ( Calon AGM ke 29 / 2014 ) ,  daripada keempat-empat individu ini pengukur dan kepastian mereka berharap pada tangan-tangan keramat dari perwakilan 37 cawangan Parti yang hadir. 
En Demis Rumanti - Menghadiri AGM bahagian Sipitang 

Daripada pandangan dan pemerhati politik terutama kepada Ahli PBS untuk calon-calon ini amat sukar mempastikan siapakah yang layak untuk dijadikan pengemudi Bahagian PBS Kadamaian yang membutuhkan kepimpinan yang mampan bagi persiapan PRU 14 kelak, berbagai massage dan intipati yang diwar-warkan oleh calon-calon ini untuk daya tarikan serta dasar perjuangan Bahagian PBS Kadamaian, saya dapat menyimpulkan beberapa massage ini untuk dinilai fokusnya dan kesungguhan calon-calon Ketua Bahagian.
Dr Beting @ Joshua G -
Calon AGM 29 2014

VISI - Memandat Parti PBS Kadamaian dan memenangkan calon PRU 14  di samping menyokong terus calon menang Parlimen Kota Belud.

MISI - Bagi memuncakkan kegemilangan Parti PBS di Kadamaian berbagai agenda disusun atur berfokus kepada sistem urus tadbir ( menyediakan khas Pejabat Pengurusan / kerja bersistem dan berinfomasi ) , memantapkan semula cawangan, menggembelingkan tenaga dan idea generasi Muda , Menjalinkan hubungan baik kepada rakan Komponan Parti , mengwujudkan biro-biro. 

Calon Timbalan Ketua Bahagian
En Aljon K dengan En Ghani Sumbin
Calon Naib 2 En Walter K dan En Pinol K
Manakala , calon-calon Timbalan Ketua Bahagian ditandingi oleh En Aljon K.Timbun ( Ketua Cawangan  Kg Tamu Darat  dan En Ghani Sumbin, juga Naib 1, pertembungan dua penjuru iaitu En. Seipin Suali  dan En Mondin Ricky Gimbun , sementara di Naib 2, En Walter Kandayon  akan disaingi oleh En Pinol Timbun, manakala AJK Bahagian membariskan 15 pengesahan pencalonan untuk beradu nasib dalam lima (5) AJK mengiring kepimpinan bahagian.


En Verok Plalun - Beradu nasip AJK Bahagian
Namun apapun Pertandingan AGM PBS Kadamaian kali ini dapat memberi nafas baru selepas setahun AGM 29 ( 14 Ogos 2014 ) tidak disah untuk mencorakkan agenda perjuangan Parti, Segala Visi , Misi yang diwar-warkan ini sekurang-kurangnya menjernihkan mata perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar  Patriotisme demi Parti dan rakyat Kadamaian amnya.