Tuesday 5 November 2013

TEKA-TEKI ADUN N.7 KADAMAIAN UMUM KELUAR PKR MENJADI WAKIL RAKYAT BEBAS MENJADI REALITI DEMI KELANGSUNGAN PEMBANGUNAN KAWASAN KADAMAIAN

 
Fantasi yang ditunggu-tunggu sejak dua bulan lalu , ketika artikel saya bertajuk “REALITI vs FANTASI ADUN N.7 KADAMAIAN BERPALING TADAH “ sudah terjawab apabila punya badan sendiri telah menyuarakan keluar Parti PKR dan menjadi ADUN bebas menyokong Barisan Nasinoal apabila YB UKOH @ JEREMY MALAJAD membuat sidang akhbar ( 04 Nov 2013 ), isu ini menjadi tajuk utama dalam media massa, facebook namun disebalik kehangatan berita ini tersimpan agenda-agenda yang tersurat yang harus di sempurnakan demi kelangsungan pembangunan di Kawasan Kadamaian.

 "
Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian," luahan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN N.7 Kadamaian, Jeremmy Malajad ketika menyuarakan isu tersebut.

Dengan keputusan keluar parti oleh ADUN N.7 KADAMAIAN ini berbagai reaksi para pembaca dan pengkritik , menurut En Mohd Ibadat Roy “ Perubahan di kedamaian bukanlah disebabkan Barisan Nasional dibenci oleh masyarakat Kedamaian,cuma tsunami yang berlaku kerana cuma mahukan calon berubah.. “ ,  En.Jonathan Yasin dengan berani mencabar YB , untuk meletak jawatan untuk memberi laluan PRU keci. , “ Suruh dia kosongkan DUN Kadamaian, kalau dia menang tiket bebas baru tahu rakyat mahu bebas atau tidak
“  , tetapi bagi En. Myzone Bansai Subun, “ YB Ukoh memang mengkhianati parti PKR  tetapi belum tentu mengkhianati rakyat N.7 KADAMAIAN ...fahami aspirasi kadamaian yang sebenar sebelum menghukum seseorang sebagai pengkhianat rakyat “
Dari penghayatan saya dan sebagai pengundi di DUN N.7 Kadamaian, secara peribadi kelangsungan pembangunan infrastuktur di Kadamaian haruslah diteruskan dan sangat diperlukan, untuk merealasasikan agenda tersebut tindakan berani di ambil kira , sekurang-kurangnya ADUN bebas yang menyokong pemerintah ( Kerajaan ) akan mecerahkan permintaan masyarakat / rakyat di Kawasan yang diwakili oleh YB.  Peruntukan ADUN sudah tentu dapat disalurkan kepada kawasan pengundinya tanpa sekatan, Disebalik penghijrahan YB Ukoh ini ke Kem Kerajaan sekurang-kurangnya Wakil Rakyat N.7 KADAMAIAN akan duduk bersama-sama dalam Mesyuarat Tindakan Daerah agar agenda dalam daerah di Kota Belud ini dapat didengar dan dapat juga menyuarakan isu-isu Kota Belud amnya Kawasan DUN N.7 KADAMAIAN.
Penghijrahan ini juga merungkai beberapa persoalan yang tersirat  terutama melibatkan kepimpinan tertinggi kompenan parti Barisan Nasional, kerana diwar-warkan YB tidak akan bertahan lama sebagai calon bebas kerana sebuah Parti Kompenan Barisan Nasional memberi Bahtera untuk pelayarannya dalam perjuangan memakmurkan Kawasan Kadamaian, isu-isu kecil seperti perlantikan sokongan ( duduk di Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat ), Kepimpinan peringkat kampung serta slot-slot penyokong tegar semasa di Parti PKR  juga musuh setru semasa PRU 13 tetap diambil kira.
Namun semua persoalan ini sudah tentu telah dinilai sebelumnya oleh YB Ukoh sebelum bertindak untuk berpindah parti  " Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit, katanya. Sambil menyatakan komitmennya tidak berubah dalam membantu rakyat di kawasannya, juga beliau mahu terlibat secara langsung bagi merealisasikan pelbagai program transformasi yang dilaksana oleh kerajaan BN “.

Tuesday 20 August 2013

REALITI vs FANTASI ADUN N.7 KADAMAIAN BERPALING TADAH

Jika khabar angin ini menjadi realiti bahawa ADUN N.7 KADAMAIAN EN UKOH @ JEREMY MALAJAD  akan menyertai sebuah Parti PRO Kerajaan maka satu sejarah baru bagi Kawasan ADUN N7 KADAMAIAN dan Seorang ADUN baru dari Parti Pembangkang ( KEADILAN - PAKATAN RAKYAT ) berpaling tadah dari perjuangan asal Partinya, Kebenaran khabar angin ini juga menjadi bualan dikalangan beberapa pemimpin di daerah Kota Belud mala seperti " Pisang Panas " cakap-cakap di meja minum.
 
Encik Ukoh @  Jeremy ( PKR ) memenangi PRU 13 di Kawasan ADUN N.7 Kadamaian dengan mojiriti 889 sahaja mengalahkan calon BN mantan ADUN terdahulu Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Peter Marajin ( SAPP ),  Rubbin Guriba ( STAR ), Sejarah PRU 13 adalah diumpakan sebagai Tsunami kepada mana-mana parti yang bertanding, Keputusan PRU 13 ini juga menjadi satu kejutan mengurangkan mojiriti 2/3 Parlimen 133 ( BN ) Kerusi berbanding 140 ( PRU 12 ), juga menambahkan  Calon ADUN dari Pembangkang di Negeri Sabah.
 
YB Ukoh @ Jeremay M bersama dengan
 Datuk Seri Anwar Ibrahim 
semasa kempen PRU 13 di Kota Belud  
Perkhabaran ini juga menjadi  senyuman kepada para pemimpin sayap Parti PBRS di Kawasan Kota Belud dan menambahkan ADUN dari Kalangan parti ini di Dewan Undangan Negeri Sabah, kerana Parti PBRS menjadi pilihan kepada ADUN N.7 Kadamaian menurut berita tersebut jika fantasi ini menjadi realiti maka parti yang bercirikan KDM terutama di Kadamaian akan menarik nafas kerana diwakili oleh ADUN di Kalangan PRO Kerajaan namun disebalik kegembiraan ini juga akan menjadi tamparan kepada Parti PBS yang masih mengintai  mewakili calon PRU 14 di Kadamaian akan datang , sementara itu adakah tenaga kerja Pejabat UPKR Kadamaian turut bertukar atau ditukar ?
 
Disebalik isu ini, bagaimanakah respon dari kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat Kota Belud , seperti Munirah Majilis , Mustapha Sakmud dan Laiman Ikin yang sama-sama melaungkan perjuangan Parti  semasa PRU 13 juga ADUN kawasan lain ?, bagaimana hati dan suara  Presiden Parti Keadilan Rakyat menjawab perkara ini nanti ?,  " tranformasi " ini adakah 15 ribu pengundi di Kawasan Kadamaian terutama penyokong tegar PKR merestui hal ini ?.  
 
Spekulasi ini tiba-tiba menjadi hangat disaat Pakatan Rakyat terus berusaha mendakwa membawa keputusan PRU 13 ke mahkamah untuk membatalkan keputusan atas sebab penipuan besar berlaku di sebalik penggunaan dakwat kekal , juga baru tiga bulan bergelar YB mewakili PKR di Dewan Rakyat Negeri Sabah , disebalik semua ini dan perkara sebenar hanya pada yang terlibat terutama YB Ukoh @ Jeremy M yang boleh menjawab , jikalau perkara ini demi kebaikan rakyat yang diwakilinya sudah tentu agenda tranformasi ini akan membawa kabar baik kepada semua masyarakat Kampung di Kadamaian.
 
Mengimbas pada sejarah dan merujuk kepada fakta politik di Sabah isu melompat parti di negeri ini dan memetik insiden ahli politik Sabah yang melompat parti pada sekitar 1994 terutama kalangan KDM menerima hukuman daripada masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) itu sendiri pada pilihan raya negeri 1999, adakah suasana ini masih menjadi ukuran pada PRU akan datang ?.
 
Menurut desas-desus penyertaan YB Ukoh dijangka akan membuat mengumumkan dalam masa terdekat sudah tentu keputusan ini realiti atau fantasi dalam wancana politik di Negara kita.

Thursday 25 July 2013

JAWABAN DAN PENJELASAN YB DATO RAHMAN DAHLAN BERKAITAN KES PEMBAKARAN ALKITAB

Gesaan YB Dato Abdul Rahman Dahlan ( MP 169 Kota Belud ), dalam menyokong usaha menghantar para pemimpin atau penganut Kristian ke Baitulmaqdis - http://ms.wikipedia.org/wiki/Baitulmuqaddis adalah sangat terpuji dan jangkal bagi seorang muslim untuk menyatakan pelawaan ini , namun dengan penyataan ini dapat kita simpulkan bahawa keperbadian YB Dato mahu mengujudkan kehormonian beragama di Negara kita Malaysia sangat disanjung , semasa berucap pada perasmian TADAU KOKOTUAN TINDAL 2013 di Kota Belud baru-baru ini pelawaan tersebut diulangi oleh YB Dato bersama dan disaksi ratusan masyarakat Kaum Tindal yang hadir rata-ratanya di kalangan penganut Kristian juga dihadapan YB En Jeremmy Malanjad ( ADUN N.7 Kadamaian ) sendiri.

Sebelum ini  pada perjumpaan DARD bermasa pemimpin Gereja pada sekitar bulan Mei di Dewan Tugoson Kota Belud,  MP 169 Kota Belud ini telah menyatakan akan menyokong penganut Kristian ke Baitulmaqdis untuk tujuan keagaman , Keikhlasan hati YB Dato bukan sekadar  retorik politik semata-mata kerana mahu meraih undi pada PRU13 lalu namun terbukti  seruan dan gesaan ini dilafazkan kali kedua,  jika ini adalah niat hati yang benar-benar murni dari pemimpin seperti YB Dato Abd Rahman Dahlan sudah tentu ratusan pengikut Kristian di Kota Belud akan terus  berpihak kepadanya , dari penyataan akan isu http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/22/pengundi-kristian-kota-belud-kecewa-dengan-rahman-dahlan/ , dan disiar secara meluas dalam media serta blog-blog ramai yang mempersalahkan DARD  dan dari kes ini juga ramai dikalangan pengikut Kristian rasa terguris akan kenyataan tersebut , namun sebagai pihak yang dididik akan erti sabar  dan berserah kepada Tuhan berharap dengan penjelasan YB MP 169 Kota Belud ini dapat meredakan keadaan. 

KENYATAAN BALAS DAN PENJELASAN YB DATO ABDUL RAHMAN DAHLAN TENTANG ULASANNYA ( MEMETIK PENJELASAN DATUK IBRAHIM ALI )

Baru-baru ini, beberapa pihak membangkitkan dakwaan kononnya saya menyokong agar kitab Bible dibakar. Hakikatnya, semua dakwaan itu tidak berasas dan lebih cenderung sebagai khabar angin serta cerita pihak ketiga sebelum keadaan diburukkan oleh tindakan media alternatif yang memutarbelitkan kenyataan.

Dalam sidang media pada Khamis, 18 Julai 2013 lalu, saya di tanya oleh wartawan daripada MalaysiaKini sama ada Ibrahim Ali juga patut didakwa kerana dikatakan mendesak supaya kitab Bible dibakar.

Saya jelaskan kepada wartawan berkenaan, mulanya memang saya kecewa apabila mendapat tahu kononnya Ibrahim Ali menggesa supaya Bible dibakar. Saya mahukan penjelasan perkara itu daripada Ibrahim Ali kerana ramai rakyat di kawasan saya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beliau berhubung kenyataan kontroversi itu.

Seperti jelas dilihat dalam transkrip sidang media itu, saya tidak pernah menyatakan sokongan terhadap gesaan supaya Bible dibakar oleh sesiapa pun. Saya juga tidak menghasut orang Islam supaya merampas Bible daripada penganut Kristian di negara ini dan membakarnya kerana didorong api kemarahan.

Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan perosak agama (Religious Bigot).Mereka yang mengenali saya secara peribadi sebagai individu dan ahli politik, serta mengetahui apa yang saya lakukan selama ini sebagai Ahli Parlimen, pasti bersetuju dengan saya. Saya dididik dan dibesarkan oleh orang tua saya supaya menghormati agama lain dan saya berpegang teguh kepada nasihat ini sepanjang menjadi ahli politik. Saya mencuba sedaya upaya untuk berlaku adil, jujur dan telus di tengah-tengah kemelut pelbagai isu kontroversi berkaitan perbincangan agama.

Pertama, saya akui ini adalah satu daripada isu yang mencetuskan pertikaian di kalangan penganut Islam dan Kristian. Justeru, saya ingin menyatakan secara terbuka bahawa saya menyokong penuh penyelesaian 10 perkara yang dicetuskan Perdana Menteri pada April 2009. Malah, saya turut menekankan perkara itu kepada pengundi di kawasan saya semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Kedua, saya tidak pernah menyentuh isu kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana sesi perbahasan di Parlimen. Saya sedar, jika saya berbuat demikian, ia akan tambah memarakkan ketegangan hubungan sedia ada antara penganut Islam dan Kristian di negara ini. Saya mahu isu ini diselesaikan tanpa perlu diadu-domba dengan unsur politik.

Ketiga, saya membelanjakan satu pertiga daripada peruntukan tahunan Parlimen antara lainnya bagi menaik taraf gereja dan membiayai acara keagamaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian yang majoriti penduduknya beragama Kristian.

Akhirnya, selaku Ahli Parlimen, saya bukan saja membantu membiayai umat Islam mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci tetapi turut menyokong usaha menghantar penganut Kristian ke Baitulmaqdis.

Bagaimana saya boleh dituduh sebagai pentaksub agama apabila 45 peratus daripada rakyat dalam Parlimen Kota Belud beragama Kristian?

Justeru, soalan saya - apakah pemimpin DAP perlu melihat segala isu di luar konteks sebenar dan menganggap saya sebagai pentaksub agama sedangkan hakikatnya bukan itu yang berlaku dalam sidang media Khamis lalu?

Izinkan saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah langsung membangkitkan isu membakar Bible dalam sidang media itu, selain memetik penjelasan Datuk Ibrahim Ali kepada saya.

Untuk menjernihkan kontroversi ini, saya kepilkan bersama transkrip asal tanpa suntingan sesi sidang media berkenaan di bawah.

Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus-menerus menuduh saya mahukan Bible dibakar. Isu ini terlalu serius dan berbahaya untuk dijadikan strategi politik pembangkang.

Salam,

YB DATO ABDUL RAHMAN DAHLAN
 
PERASMIAN TADAU KOKOTUAN TINDAL SABAH ( USTO ) 2013

  


Wednesday 19 June 2013

PENGWUJUDAN BLOG BERITA PIASAU KOTA BELUD

Sejajar dengan perkembangan masa kini dan persaingan dalam menyampaikan isu-isu serta berita-berita masa kini rangkaian admin beritapiasau kota belud maju selangkah lagi apabila terpanggil mengwujudkan blog khusus tentang muat turun berbagai berita tempatan, ulasan, politik, pandangan serta gambar-gambar terkini. 

Kepada semua rakan-rakan yang menjadi  " friend " di facebook beritapiasau kota belud selamat melayari dan menyokong pengwujudan blog ini, walaupun pada dasarnya berlatar belakangkan berita dari kampung Piasau namun ungkapan serta fokusnya adalah luas. 

admin beritapiasau kb