Apabila Mesyuarat Agung Tahunan PBS Kadamaian ke 29
yang berlangsung pada 14 Ogos tahun lalu di batal / di gantung maka senario kembali “ panas “ apabila pemilihan kepimpinan Bahagian Pemuda,
Wanita dan Induk diadakan kembali dijangka pada masa yang terdekat.
Mengimbas
keputusan AGM ke 29 sebelum ini, kepimpinan pemuda, wanita dan ketua Bahagian
dikemudi oleh ketua-ketua yang baru , En
Johnny Sulukan ( Ketua Pergerakan Pemuda ), Pergerakan Wanita Puan Felicia
Sindan dan Ketua Bahagian Parti PBS Kadamaian En Barahim Taliban untuk sesi
2014 – 2017 namun dalam waktu sesingkat barisan kepimpinan yang dipilih oleh
105 perwakilan telah dinafikan kerana “ masalah tersirat “ , Umpama anak tidak berpenjaga kepimpinan
Pusat Parti telah mengambil alih untuk menyelia PBS Bahagian N7 Kadamaian
sehingga pemilihan Jawatankuasa baru dibentuk.
Mungkin
sinar tahun 2015 ini menjadi lebih cerah lagi apabila kelancaran pemilihan
kepimpinan parti peringkat Bahagian N7 Kadamaian berjalan dengan lancar tanpa
gangguan isu-isu dalaman “ demokrasi “ adalah tunjang kita untuk membuat pemilihan,
biarkan tangan-tangan perwakilan akan memilih ketuanya, juga AGM tahun ini mungkin
di wakili oleh cawangan-cawangan yang disah oleh kepimpinan Pusat dan sebelum
tarikh makluman AGM Bahagian, sememangnya mesyuarat cawangan akan menjadi
pertaruhan awal oleh calon-calon yang mengintai duduk di kerusi Ketua Bahagian , Ketua Pemuda dan Wanita PBS N7
Kadamaian , dimaklumkan bahawa yang layak menghantar perwakilan hanyalah 39
cawangan inipun bergantung kepada keputusan mesyuarat peringkat cawangan dan
jumlah perwakilan setiap cawangan.
Secara
tidak rasmi dan cakap-cakap dalam laman sosial
/ whatshapp kemugkinan gundohing Barahim Taliban tidak akan mempertahankan jawatan
yang diberi oleh perwakilan tahun lalu , namun secara terang-terang En
Demis Rumanti ( Mantan Timbalan
Ketua Bahagian ), Dr Beting @ Joshua B (
Calon Ketua Bahagian – AGM ke 29 /2014 ) dan En Daimin Sulukan ( Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( PPM ) baru / Mantan Setiausaha Bahagian PBS Kadamaian
2011 – 2014 ) mengumumkan akan merebut Jawatan Ketua Bahagian Parti PBS N7
Kadamaian.