Jika khabar angin ini menjadi realiti bahawa ADUN
N.7 KADAMAIAN EN UKOH @ JEREMY MALAJAD akan menyertai sebuah Parti PRO
Kerajaan maka satu sejarah baru bagi Kawasan ADUN N7 KADAMAIAN dan Seorang ADUN
baru dari Parti Pembangkang ( KEADILAN - PAKATAN RAKYAT ) berpaling tadah dari
perjuangan asal Partinya, Kebenaran khabar angin ini juga menjadi bualan
dikalangan beberapa pemimpin di daerah Kota Belud mala seperti " Pisang
Panas " cakap-cakap di meja minum.
Encik Ukoh @ Jeremy ( PKR ) memenangi PRU
13 di Kawasan ADUN N.7 Kadamaian dengan mojiriti 889 sahaja mengalahkan
calon BN mantan ADUN terdahulu Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Peter Marajin (
SAPP ), Rubbin Guriba ( STAR ), Sejarah PRU 13 adalah diumpakan sebagai
Tsunami kepada mana-mana parti yang bertanding, Keputusan PRU 13 ini juga
menjadi satu kejutan mengurangkan mojiriti 2/3 Parlimen 133 ( BN ) Kerusi
berbanding 140 ( PRU 12 ), juga menambahkan Calon ADUN dari Pembangkang
di Negeri Sabah.
YB Ukoh @ Jeremay M bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kempen PRU 13 di Kota Belud |
Perkhabaran ini juga menjadi senyuman
kepada para pemimpin sayap Parti PBRS di Kawasan Kota Belud dan
menambahkan ADUN dari Kalangan parti ini di Dewan Undangan Negeri Sabah, kerana
Parti PBRS menjadi pilihan kepada ADUN N.7 Kadamaian menurut berita tersebut jika
fantasi ini menjadi realiti maka parti yang bercirikan KDM terutama di
Kadamaian akan menarik nafas kerana diwakili oleh ADUN di Kalangan PRO
Kerajaan namun disebalik kegembiraan ini juga akan menjadi tamparan kepada
Parti PBS yang masih mengintai mewakili calon PRU 14 di Kadamaian
akan datang , sementara itu adakah tenaga kerja Pejabat UPKR Kadamaian
turut bertukar atau ditukar ?
Disebalik isu ini, bagaimanakah respon dari
kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat Kota Belud , seperti Munirah
Majilis , Mustapha Sakmud dan Laiman Ikin yang sama-sama melaungkan perjuangan
Parti semasa PRU 13 juga ADUN kawasan lain ?, bagaimana hati
dan suara Presiden Parti Keadilan Rakyat menjawab perkara ini nanti
?, " tranformasi " ini adakah 15 ribu pengundi
di Kawasan Kadamaian terutama penyokong tegar PKR merestui hal ini
?.
Spekulasi ini tiba-tiba menjadi hangat disaat
Pakatan Rakyat terus berusaha mendakwa membawa keputusan PRU 13 ke
mahkamah untuk membatalkan keputusan atas sebab penipuan besar berlaku di
sebalik penggunaan dakwat kekal , juga baru tiga bulan bergelar YB mewakili PKR
di Dewan Rakyat Negeri Sabah , disebalik semua ini dan perkara sebenar hanya
pada yang terlibat terutama YB Ukoh @ Jeremy M yang boleh menjawab , jikalau
perkara ini demi kebaikan rakyat yang diwakilinya sudah tentu agenda
tranformasi ini akan membawa kabar baik kepada semua masyarakat Kampung di
Kadamaian.
Mengimbas pada sejarah dan merujuk kepada
fakta politik di Sabah isu melompat parti di negeri ini dan memetik
insiden ahli politik Sabah yang melompat parti pada sekitar 1994
terutama kalangan KDM menerima hukuman daripada masyarakat Kadazan Dusun Murut
(KDM) itu sendiri pada pilihan raya negeri 1999, adakah suasana ini masih
menjadi ukuran pada PRU akan datang ?.
Menurut desas-desus penyertaan YB Ukoh
dijangka akan membuat mengumumkan dalam masa terdekat sudah tentu keputusan ini
realiti atau fantasi dalam wancana politik di Negara kita.
No comments:
Post a Comment