Gesaan YB Dato Abdul Rahman Dahlan ( MP 169 Kota Belud ), dalam menyokong usaha menghantar para pemimpin atau penganut Kristian ke Baitulmaqdis - http://ms.wikipedia.org/wiki/Baitulmuqaddis adalah sangat terpuji dan jangkal bagi seorang muslim untuk menyatakan pelawaan ini , namun dengan penyataan ini dapat kita simpulkan bahawa keperbadian YB Dato mahu mengujudkan kehormonian beragama di Negara kita Malaysia sangat disanjung , semasa berucap pada perasmian TADAU KOKOTUAN TINDAL 2013 di Kota Belud baru-baru ini pelawaan tersebut diulangi oleh YB Dato bersama dan disaksi ratusan masyarakat Kaum Tindal yang hadir rata-ratanya di kalangan penganut Kristian juga dihadapan YB En Jeremmy Malanjad ( ADUN N.7 Kadamaian ) sendiri.
Sebelum ini pada perjumpaan DARD bermasa pemimpin Gereja pada sekitar bulan Mei di Dewan Tugoson Kota Belud, MP 169 Kota Belud ini telah menyatakan akan menyokong penganut Kristian ke Baitulmaqdis untuk tujuan keagaman , Keikhlasan hati YB Dato bukan sekadar retorik politik semata-mata kerana mahu meraih undi pada PRU13 lalu namun terbukti seruan dan gesaan ini dilafazkan kali kedua, jika ini adalah niat hati yang benar-benar murni dari pemimpin seperti YB Dato Abd Rahman Dahlan sudah tentu ratusan pengikut Kristian di Kota Belud akan terus berpihak kepadanya , dari penyataan akan isu http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/22/pengundi-kristian-kota-belud-kecewa-dengan-rahman-dahlan/ , dan disiar secara meluas dalam media serta blog-blog ramai yang mempersalahkan DARD dan dari kes ini juga ramai dikalangan pengikut Kristian rasa terguris akan kenyataan tersebut , namun sebagai pihak yang dididik akan erti sabar dan berserah kepada Tuhan berharap dengan penjelasan YB MP 169 Kota Belud ini dapat meredakan keadaan.
KENYATAAN BALAS DAN PENJELASAN YB DATO ABDUL RAHMAN DAHLAN TENTANG ULASANNYA ( MEMETIK PENJELASAN DATUK IBRAHIM ALI )
Baru-baru ini, beberapa pihak membangkitkan dakwaan kononnya saya menyokong agar kitab Bible dibakar. Hakikatnya, semua dakwaan itu tidak berasas dan lebih cenderung sebagai khabar angin serta cerita pihak ketiga sebelum keadaan diburukkan oleh tindakan media alternatif yang memutarbelitkan kenyataan.
Dalam sidang media pada Khamis, 18 Julai 2013 lalu, saya di tanya oleh wartawan daripada MalaysiaKini sama ada Ibrahim Ali juga patut didakwa kerana dikatakan mendesak supaya kitab Bible dibakar.
Saya jelaskan kepada wartawan berkenaan, mulanya memang saya kecewa apabila mendapat tahu kononnya Ibrahim Ali menggesa supaya Bible dibakar. Saya mahukan penjelasan perkara itu daripada Ibrahim Ali kerana ramai rakyat di kawasan saya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beliau berhubung kenyataan kontroversi itu.
Seperti jelas dilihat dalam transkrip sidang media itu, saya tidak pernah menyatakan sokongan terhadap gesaan supaya Bible dibakar oleh sesiapa pun. Saya juga tidak menghasut orang Islam supaya merampas Bible daripada penganut Kristian di negara ini dan membakarnya kerana didorong api kemarahan.
Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan perosak agama (Religious Bigot).Mereka yang mengenali saya secara peribadi sebagai individu dan ahli politik, serta mengetahui apa yang saya lakukan selama ini sebagai Ahli Parlimen, pasti bersetuju dengan saya. Saya dididik dan dibesarkan oleh orang tua saya supaya menghormati agama lain dan saya berpegang teguh kepada nasihat ini sepanjang menjadi ahli politik. Saya mencuba sedaya upaya untuk berlaku adil, jujur dan telus di tengah-tengah kemelut pelbagai isu kontroversi berkaitan perbincangan agama.
Pertama, saya akui ini adalah satu daripada isu yang mencetuskan pertikaian di kalangan penganut Islam dan Kristian. Justeru, saya ingin menyatakan secara terbuka bahawa saya menyokong penuh penyelesaian 10 perkara yang dicetuskan Perdana Menteri pada April 2009. Malah, saya turut menekankan perkara itu kepada pengundi di kawasan saya semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Kedua, saya tidak pernah menyentuh isu kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana sesi perbahasan di Parlimen. Saya sedar, jika saya berbuat demikian, ia akan tambah memarakkan ketegangan hubungan sedia ada antara penganut Islam dan Kristian di negara ini. Saya mahu isu ini diselesaikan tanpa perlu diadu-domba dengan unsur politik.
Ketiga, saya membelanjakan satu pertiga daripada peruntukan tahunan Parlimen antara lainnya bagi menaik taraf gereja dan membiayai acara keagamaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian yang majoriti penduduknya beragama Kristian.
Akhirnya, selaku Ahli Parlimen, saya bukan saja membantu membiayai umat Islam mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci tetapi turut menyokong usaha menghantar penganut Kristian ke Baitulmaqdis.
Bagaimana saya boleh dituduh sebagai pentaksub agama apabila 45 peratus daripada rakyat dalam Parlimen Kota Belud beragama Kristian?
Justeru, soalan saya - apakah pemimpin DAP perlu melihat segala isu di luar konteks sebenar dan menganggap saya sebagai pentaksub agama sedangkan hakikatnya bukan itu yang berlaku dalam sidang media Khamis lalu?
Izinkan saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah langsung membangkitkan isu membakar Bible dalam sidang media itu, selain memetik penjelasan Datuk Ibrahim Ali kepada saya.
Untuk menjernihkan kontroversi ini, saya kepilkan bersama transkrip asal tanpa suntingan sesi sidang media berkenaan di bawah.
Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus-menerus menuduh saya mahukan Bible dibakar. Isu ini terlalu serius dan berbahaya untuk dijadikan strategi politik pembangkang.
Salam,
YB DATO ABDUL RAHMAN DAHLAN
PERASMIAN TADAU KOKOTUAN TINDAL SABAH ( USTO ) 2013 |
No comments:
Post a Comment