“ Perjuangan tetap diteruskan “, “ PBS masih releven di
Kadamaian “, itulah kata-kata sebahagian penyokong tegar Parti PBS di
Kadamaian, Perjuangan pucuk pimpinan
akar umbi PBS kembali diperkatakan apabila secara serentak mengadakan Mesyuarat
Agung pemilihan untuk penyusunan semula AJK PBS Peringkat cawangan pada 30 Ogos
2015 hujung minggu ini.
Dalam pertemuan
ketua-ketua cawangan bersama YBHG Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras Bahagian
N.7 Kadamaian ) baru-baru ini telah menetapkan tarikh tersebut telah dipilih
untuk mengadakan Mesyuarat Agung ( Penyelarasan semula cawangan ) dan
seterusnya Peringkat Bahagian, dari maklumat yang terdekat hanya 39 cawangan
sahaja yang layak untuk mengadakan mesyuarat agung dan seterusnya penentu kepada
pemilihan pucuk pimpinan PBS Bahagian.
YBHG Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras Bahagian N7 Kadamaian ) bersama-sama dengan Jawatankuasa Penyelaras Kadamaian dan Pengerusi-Pengerusi Cawangan |
Daniel Samudin Pengerusi Cawangan Kg Taginambur Jaya |
Membayangkan kepada
penarju kepimpinan Parti PBS di Kadamaian ( Jawatankuasa Bahagian Parti ) , ramai
yang mentafsirkan bahawa salah satu penentu kepada pilihan Ketua Bahagian dan Jawatankuasanya
adalah pada peringkat pemilihan cawangan dan perwakilan kelak , kebenaran ini tidaklah penentu mutlak , berbalik pada
Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan dikabarkan bahawa ada ketua-ketua cawangan
yang akan mempertahankan jawatan , juga ada yang memberi laluan kepada
kepimpinan baharu , sistem demokrasi yang masih subur dikalangan ahli menjadi
ukuran untuk perkara ini dan sememangnya diterima dalam semua pertandingan,
Aljon K.Timbun Pengerusi Cawangan Kg Tamu Darat |
Parti PBS yang berusia
31 tahun ini kekal bertahan dan diterima oleh rakyat dalam wadah perjuangan Politik
Negeri Sabah, Ketokohan Huguan Siou, YAB Datuk Seri Panglima Joseph Pirin
Kitingan ( Priseden Parti ) menjadi tunjang dan atas dasar inilah penerimaan
kekal dihati rakyat, cuma berbeza berlaku di Kadamaian pada PRU 13 apabila
calon dari PBS tewas.
Dari ukuran inilah
peluang untuk mengembalikan penerimaan Parti PBS di Kadamaian haruslah dari ke
Peringkat Cawangan, sebahagian cawangan tidak dapat diaktifkan atas ketidak
sempurnaan urus tadbir parti sehingga terlepas pada AGM kali ini,
Gurad Selimun Pengerusi Cawangan Kg Telungan |
Membariskan
kepimpinan baharu peringkat cawangan juga diambil kira dalam memperjuangkan Parti
disamping itu penerimaan dan mengkekalkan pucuk pimpinan lama menjadi mentor diseimbangkan agar legasi idea
dan perjuangan tetap seiring.
Andrew L.Talud Pengerusi Cawangan Kg Tambulion Laut |
Mengimbas, ucapan Presiden
Parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa ulangtahunnya ke 72 , Beliau
berkata, walaupun banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam arena politik
negara sepanjang tempoh , namun PBS berjaya menghadapinya dengan penuh
ketabahan, keyakinan dan kekuatan.
Pairin yang juga Timbalan Ketua
Menteri berkata, kejayaan itu adalah hasil sokongan berterusan rakyat dan
pemimpin parti di semua peringkat termasuk anggota majlis tertinggi, ketua bahagian
dan pemimpin akar umbi ( cawangan ) , pimpin parti yang selama ini begitu tabah
untuk bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat, marilah kita terus
memperbaharui tekad untuk terus menabur bakti kepada rakyat dan negeri ini demi
kebaikan semua,"
Jestru itu , Walau apapun perubahan dan rombakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan , berubah atau kekal tidaklah semestinya ini mencerminkan senario sebenar barisan hadapan, semua ini hanyalah pendapat penulis sendiri.
Siapalah yang menawar diri mengepalai ( Ketua Bahagian ) ?, Kita akan sama-sama menanti .
No comments:
Post a Comment