Thursday, 21 August 2014

JAWATANKUASA BAHAGIAN ,PERGERAKAN PEMUDA DAN WANITA PBS KADAMAIAN KOMITED UNTUK MEMPERKASAKAN PARTI

Hari ini selang seminggu pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Kadamaian ke 29 di Dewan Gopog, Taginambur pada 14 Ogos 2014 , Kepimpinan Bahagian , Pemuda dan Wanita untuk 2014 - 2017 telah diketahui dan jawatan utama ini semuanya bertukar, Kepimpinan Ketua Bahagian Parti diterajui oleh En.Barahim Taliban menewaskan penyandang jawatan iaitu Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Dr. Beting @ Joshua, terdahulu En Barahim Taliban berada di kem yang sama setelah menduduki Jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada tempoh 2011-2014.

Manakala Jawatankuasa Pergerakan Pemuda diisi oleh En.Johnny Sulukan tanpa pertandingan serta dibarisi oleh AJK baharu, begitu juga di Pergerakan Wanita Kadamaian penyandang tarbaharu iaitu Puan Felicia Sindan , secara kesimpulannya kesemua Jawatan utama ini orang baru dan sememangnya fokus serta corak kepimpinannya adalah berbeza dengan terdahulu. 

YB Johnny Mositun
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian, Pemuda dan Wanita N7 Kadamaian disempurna oleh YB Datuk Johnny Mositun ( Setiausaha Agung ) Parti Bersatu Sabah (PBS) menghendaki agar proses pemilihan pemimpin tidak hanya dilakukan mengikut lunas-lunas perlembagan parti tetapi juga bakal melahirkan pemimpin berkualiti yang dapat menyumbang idea-idea bernas ( gabungan veteren dan muda ) bagi memantapkan PBS pada keseluruhannya.

Seperkara lagi yang dibangkit oleh Setiausaha Agung ialah, Pemimpin PBS berharap dapat menilai secara rasional dapatan isu-isu berpaut di media-media social atau laman sesawang yang segaja memesong pemikiran golongan muda agar bertanggapan negetif terhadap PBS dan Kerajaan supaya ditangkis secara bijaksana, Justeru itu sebagai pemimpin pelapis yang berpengetahuan, berpendirian dan berwibawa untuk meneruskan legasi perjuangan PBS di masa hadapan.

Keputusan pemilihan ini kalau dinilai dan dihalusi sememangnya hujah Setiausaha Agung PBS dimanafat oleh 105 Perwakilan apabila pemimpin-pemimpin utama diterajui oleh orang baru yang berpengalaman dan sememangnya laungan tranfoamsi kini ada tanda-tanda untuk menarik hati para penyokong tegar PBS khususnya di Kadamaian.

Barahim Taliban  ( KP 2014-2017 )
Pada ucapan terima kasih Ketua Bahagian yang baharu, En. Barahim Taliban telah menggariskan dan mengumumkan beberapa isu dan galakan baru demi menyambung dan memertabatkan PBS, :- 

Point Ucapan Ketua Bahagian baharu.
  • Dengan gandingan baharu pada semua Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Wanita serta cawangan Parti serta pengundi di Kadamaian berganding bahu untuk dapatkan semula Kadamaian ditangan PBS pada PRU 14.
  • Memperkasakan Parti dengan mengwujudkan 10 Biro 
  • Memperkenalkan Majlis Penasihat dikalangan ilmuan dari segi pendidikan Rohani dan Moral
  • Memberi galakan sokongan kewangan kepada Pergerakan Wanita dan Pemuda untuk menjalankan aktiviti Parti.
  • Menstukturkan pentadbiran Parti dengan menyediakan Pejabat baru / Perhubungan demi kelancaran Program parti di bahagian dan cawangan.

Rakan-rakan Barisan Nasional juga merakamkan ucapan tahniah kepada kelancaran dan perlantikan Ketua Bahagian, Pergerkan Pemuda dan Wanita yang baru bagi sesi 2014 - 2017.

AGM Pergerakan Pemuda - Bilik Gerakan Tamu Darat

Perwakilan di Dewan Gopong, Taginambur Kota Belud





No comments: