16 Okt
2015 bersamaan hari Jumaat di Dewan Sorob Kota Belud , Mesyuarat Agung PBS
Kadamaian akan diadakan, bertepatan dengan Artikel 35 (ii ) Perlembagaan Parti
Pindaan 1998, iaitu notis panggilan mesyuarat , makanya tarikh ini
dipilih dan amat bersesuaian , AGM PBS Kadamaian ini dirasmi oleh YB Tan Sri
Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan ( Priseden Parti PBS ).
Namun
yang menjadi tumpuan adalah penarju kepada kepimpinan Parti ( Ketua Bahagian ),
pengesahan diterima bahawa selepas tarikh akhir yang diberikan oleh
Jawatankuasa Penyelaras Bahagian diketuai oleh Datuk Jahid Jahim rata-rata yang
menawarkan diri menjadi calon untuk menjadi Ketua Bahagian telah menandatangani
penerimaan untuk mengesahkan dirinya calon Ketua Bahagian.
Pada 25
Sept 2015 yang lalu ketua-ketua cawangan Parti telah dijemput mendengar
taklimat dan menerima borang pencalonan , penghantaran pencalonan berakhir pada
01 Okt 2015 dan seterusnya pembukaan penerimaan senarai calon dibuat di Ibu
Pejabat Parti, seperti yang dijangka bahawa pencalonan Ketua Bahagian ,
Timbalan Ketua Bahagian , Naib 1 , Naib 2 dan AJK telah diumumkan, Pemerhati
yang hadir pada pengumuman tersebut menyuarakan pendapat masing-masing dan
rata-ratanya dianggap pertandingan antara keluarga.
Tumpuan
utama pada AGM ini ialah siapakah Ketua Bahagian PBS Kadamian yang baharu ?
pengesahkan dari empat individu untuk menjadi Ketua Bahagian menjadi bualan dan
saling mengukur ketokohan masing-masing,
En Demis Rumanti (
Mantan Timbalan Ketua Bahagian - AGM ke 29/2014 ), En Daimin Sulukan (
Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( PPM ) / Mantan Setiausaha Bahagian PBS
Kadamaian 2011 - 2014 ) ,En.James @ Mudezaim Muyou ( Mantan Bendahari
Bahagian PBS 2011 - 2014 ) dan Dr Beting @ Joshua B (
Calon AGM ke 29 / 2014 ) , daripada
keempat-empat individu ini pengukur dan kepastian mereka berharap pada
tangan-tangan keramat dari perwakilan 37 cawangan Parti yang hadir.
![]() |
| En Daimin Sulukan - PPM Kadamaian |
![]() |
| En Demis Rumanti - Menghadiri AGM bahagian Sipitang |
Daripada
pandangan dan pemerhati politik terutama kepada Ahli PBS untuk calon-calon ini
amat sukar mempastikan siapakah yang layak untuk dijadikan pengemudi Bahagian
PBS Kadamaian yang membutuhkan kepimpinan yang mampan bagi persiapan PRU 14
kelak, berbagai massage dan intipati yang diwar-warkan oleh calon-calon ini
untuk daya tarikan serta dasar perjuangan Bahagian PBS Kadamaian, saya dapat
menyimpulkan beberapa massage ini untuk dinilai fokusnya dan kesungguhan
calon-calon Ketua Bahagian.
![]() |
| Dr Beting @ Joshua G - Calon AGM 29 2014 |
VISI
- Memandat Parti PBS Kadamaian dan memenangkan calon PRU 14 di
samping menyokong terus calon menang Parlimen Kota Belud.
MISI
- Bagi memuncakkan kegemilangan Parti PBS di Kadamaian berbagai
agenda disusun atur berfokus kepada sistem urus tadbir ( menyediakan khas
Pejabat Pengurusan / kerja bersistem dan berinfomasi ) , memantapkan semula
cawangan, menggembelingkan tenaga dan idea generasi Muda , Menjalinkan hubungan
baik kepada rakan Komponan Parti , mengwujudkan biro-biro.
![]() |
| Calon Timbalan Ketua Bahagian En Aljon K dengan En Ghani Sumbin |
![]() |
| Calon Naib 2 En Walter K dan En Pinol K |
Manakala , calon-calon Timbalan Ketua Bahagian ditandingi oleh
En
Aljon K.Timbun ( Ketua Cawangan Kg Tamu
Darat dan En Ghani Sumbin, juga Naib 1, pertembungan dua penjuru iaitu En.
Seipin Suali dan En
Mondin Ricky Gimbun , sementara di Naib 2, En Walter Kandayon akan disaingi oleh En Pinol Timbun, manakala
AJK Bahagian membariskan 15 pengesahan pencalonan untuk beradu nasib dalam lima
(5) AJK mengiring kepimpinan bahagian.
![]() |
| En Verok Plalun - Beradu nasip AJK Bahagian |
Namun apapun Pertandingan AGM PBS
Kadamaian kali ini dapat memberi nafas baru selepas setahun AGM 29 ( 14 Ogos
2014 ) tidak disah untuk mencorakkan agenda perjuangan Parti, Segala Visi ,
Misi yang diwar-warkan ini sekurang-kurangnya menjernihkan mata perwakilan
untuk memilih pemimpin yang benar-benar
Patriotisme demi Parti dan rakyat Kadamaian amnya.






No comments:
Post a Comment