Kira-kira jam 3.20 petang pada 16 Okt 2015 di Dewan Sorob
Tambulion Kota Belud barisan kepimpinan AJK Bahagian PBS Kadamaian telah
diumumkan oleh Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras AGM PBS Kadamaian
kali ke 30 merungkai spekulasi siapa penarju kepimpinan PBS untuk 2015 hingga
2017 dan penantian ahli setia PBS Kadamaian setahun tanpa pengemudi di Bahagian
( Kadamaian ).
Presiden Parti PBS |
Mesyuarat Agung PBS Kadamaian kali ke 30 ini telah
dirasmi oleh Presiden Parti PBS YB Tan Sri
Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,pada ucapan perasmian Presiden Parti
menasihati kepada semua ahli penyokong
PBS di Kadamaian agar senentiasa memberi sokongan kepada ketuanya walaupun
siapapun yang akan terpilih, disamping itu memperkasakan jentera Parti untuk
persediaan Pilihanraya yang akan datang.
Dengan terbentuknya AJK
bahagian Parti diketuai oleh En Demis Rumanti maka sekurang-kurangnya
kedahagaan aktiviti ahli parti dapat direalasasikan agar tidak ketinggalan
dalam memperjuangkan nasip rakyat amnya
di Kadamaian, En Demis Rumanti juga seorang pejuang Parti sebelum ini
terpilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian ( AGM ke 29/ 2014 ) telah menewaskan En Daimin Sulukan mantan
Setiausaha Bahagian PBS Kadamaian 2011 - 2014 ), En.James @ Mudezaim Muyou ( Mantan Bendahari Bahagian
PBS 2011 - 2014 ) dan Dr
Beting @ Joshua B ( Calon AGM ke 29 / 2014 ).
Ketua Bahagian En Demis Rumanti |
Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian diisi oleh En Ghani Sumbin ( Mantan Timbalan Bendahari AJK 2011 - 2014 ) menewaskan rakan seperjuangan iaitu En Aljon K.Timbun , En Ricky Mondin yang bersaing dengan En Seipin Suali untuk slot Naib 1 telah dengan hormatnya En Seipin Suali memberi laluan kepadanya apabila undian perwakilan sama ( seri ), Naib II disandang oleh En Duis Walter Kandayon mengalahkan pesaing muda iaitu En Pinol Timbun, Manakala lima AJK Bahagian diisi oleh En Jaibi Kolu, En Albert Benjamin, En John Karid, En Aloysius Sindeh dan En Verocheel Palalun.
AJK Bahagian PBS 2015 - 2017 |
Pada ucapan pertama Ketua
Bahagian ini , Dia merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua perwakilan
yang mempercayainya untuk menerajui Parti PBS ( Bahagian ) untuk panggal ini,
juga intipati dan suara hatinya bersama AJK Bahagian agar dapat memperjuang serta
dimertabatkan Parti melalui menambah keahlian dan menghidupkan cawangan sedia
ada disamping mengujudkan biro-biro khusus untuk mengaktifkan aktiviti Parti.
Kehadiran Pemerhati GM ke 30 PBS Kadamian |
Pada AGM PBS Kadamaian ke 30
ini hanya 56 perwakilan sahaja daripada 37 cawangan menunaikan pilihan kepimpinan
Parti.