Monday 19 October 2015

BARISAN KEPIMPINAN AJK BAHAGIAN PBS KADAMAIAN DIKETUAI OLEH EN DEMIS RUMANTI

Kira-kira jam 3.20 petang pada 16 Okt 2015 di Dewan Sorob Tambulion Kota Belud barisan kepimpinan AJK Bahagian PBS Kadamaian telah diumumkan oleh  Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras AGM PBS Kadamaian kali ke 30 merungkai spekulasi siapa penarju kepimpinan PBS untuk 2015 hingga 2017 dan penantian ahli setia PBS Kadamaian setahun tanpa pengemudi di Bahagian ( Kadamaian ).

Presiden Parti PBS
Mesyuarat Agung PBS Kadamaian kali ke 30 ini telah dirasmi oleh Presiden Parti PBS  YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,pada ucapan perasmian Presiden Parti menasihati kepada semua ahli penyokong PBS di Kadamaian agar senentiasa memberi sokongan kepada ketuanya walaupun siapapun yang akan terpilih, disamping itu memperkasakan jentera Parti untuk persediaan Pilihanraya yang akan datang.

Dengan terbentuknya AJK bahagian Parti diketuai oleh En Demis Rumanti maka sekurang-kurangnya kedahagaan aktiviti ahli parti dapat direalasasikan agar tidak ketinggalan dalam memperjuangkan nasip rakyat amnya di Kadamaian, En Demis Rumanti juga seorang pejuang Parti sebelum ini terpilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian ( AGM ke 29/ 2014 ) telah menewaskan En Daimin Sulukan mantan Setiausaha Bahagian PBS Kadamaian 2011 - 2014 ), En.James @ Mudezaim Muyou ( Mantan Bendahari  Bahagian PBS 2011 - 2014 ) dan Dr Beting @ Joshua B ( Calon AGM ke 29 / 2014 ).
Ketua Bahagian
En Demis Rumanti

Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian diisi oleh En Ghani Sumbin ( Mantan Timbalan Bendahari  AJK 2011 - 2014 ) menewaskan rakan seperjuangan iaitu En Aljon K.Timbun , En Ricky Mondin yang bersaing dengan En Seipin Suali untuk slot Naib 1 telah dengan hormatnya En Seipin Suali memberi laluan kepadanya apabila undian perwakilan sama ( seri ), Naib II disandang oleh En Duis Walter Kandayon mengalahkan pesaing muda iaitu En Pinol Timbun, Manakala lima AJK Bahagian diisi oleh En Jaibi Kolu, En Albert Benjamin, En John Karid, En Aloysius Sindeh dan En Verocheel Palalun.

AJK Bahagian PBS 2015 - 2017
Pada ucapan pertama Ketua Bahagian ini , Dia merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua perwakilan yang mempercayainya untuk menerajui Parti PBS ( Bahagian ) untuk panggal ini, juga intipati dan suara hatinya bersama AJK Bahagian agar dapat memperjuang serta dimertabatkan Parti melalui menambah keahlian dan menghidupkan cawangan sedia ada disamping mengujudkan biro-biro khusus untuk mengaktifkan aktiviti Parti.

Kehadiran Pemerhati
GM ke 30 PBS Kadamian
Pada AGM PBS Kadamaian ke 30 ini hanya 56 perwakilan sahaja daripada 37 cawangan menunaikan pilihan kepimpinan Parti.    






No comments: