Sunday 24 January 2016

TANGGUNGJAWAB & BERSATU ADALAH TUNJANG UNTUK MEMENANGI DUN N7 KADAMAIAN PADA PRU 14.


Gesaan YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ( Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ) agar bersatu dan berkerjasama rapat untuk memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian dikuasai BN pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Beliau menegaskan bahawa pentingnya kesepaduan atau perpaduan pada kalangan anggota dan pemimpin BN bagi memastikan kemenangan BN di kerusi itu yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Belud.
ADUN N7 Kadamaian
YB Jeremy Malajad 
( Ketua Bahagaian PBRS Kadamaian ) 
" Lupakan semua yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-13. Peluang BN untuk memenangi kerusi Kadamaian amat berisiko jika ahli dan pemimpin BN tidak bersatu.
Salleh, selaku Pengerusi BN dan Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata demikian dalam mesej beliau kepada pemimpin parti komponen BN Kota Belud pada mesyuarat khas di sini hari ini ( 23 Jan 2016 ).

Ewon Benedick 
Ketua Bahagian UPKO KB
Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud Datuk Musbah Jamli, Adun Kadamaian Jeremy Malajad, yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Kadamaian,
Demis Rumanti 
Ketua Bahagian PBS Kadamaian
dilantik pada 16 Okt 2015 

Ketua Upko Kota Belud Ewon Benedick dan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kadamaian Demis Rumanti. 

Bertepatan pada nasihat Pengerusi BN Kota Belud ini tahun 2016 adalah dianggap oleh para pemerhati politik sebagai Pra PRU 14 sebelum berakhir dikembalikan kepada rakyat pada tahun 2018 makanya masa untuk memperkasakan Parti dengan saling berkerjasama.

Memperkukuh solidariti dan  mengelakkan perpecahan mesti disahut dengan baik. mengamalkan semangat ’sehati sejiwa’ bagi berhadapan cabaran yang semakin getir. Justeru,  ‘kesatuan hati’ dituntut bagi membolehkan ahli menjiwai erti perjuangan parti – untuk agama, bangsa dan negara ... seru YAB Perdana Menteri .

Monday 19 October 2015

BARISAN KEPIMPINAN AJK BAHAGIAN PBS KADAMAIAN DIKETUAI OLEH EN DEMIS RUMANTI

Kira-kira jam 3.20 petang pada 16 Okt 2015 di Dewan Sorob Tambulion Kota Belud barisan kepimpinan AJK Bahagian PBS Kadamaian telah diumumkan oleh  Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras AGM PBS Kadamaian kali ke 30 merungkai spekulasi siapa penarju kepimpinan PBS untuk 2015 hingga 2017 dan penantian ahli setia PBS Kadamaian setahun tanpa pengemudi di Bahagian ( Kadamaian ).

Presiden Parti PBS
Mesyuarat Agung PBS Kadamaian kali ke 30 ini telah dirasmi oleh Presiden Parti PBS  YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,pada ucapan perasmian Presiden Parti menasihati kepada semua ahli penyokong PBS di Kadamaian agar senentiasa memberi sokongan kepada ketuanya walaupun siapapun yang akan terpilih, disamping itu memperkasakan jentera Parti untuk persediaan Pilihanraya yang akan datang.

Dengan terbentuknya AJK bahagian Parti diketuai oleh En Demis Rumanti maka sekurang-kurangnya kedahagaan aktiviti ahli parti dapat direalasasikan agar tidak ketinggalan dalam memperjuangkan nasip rakyat amnya di Kadamaian, En Demis Rumanti juga seorang pejuang Parti sebelum ini terpilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian ( AGM ke 29/ 2014 ) telah menewaskan En Daimin Sulukan mantan Setiausaha Bahagian PBS Kadamaian 2011 - 2014 ), En.James @ Mudezaim Muyou ( Mantan Bendahari  Bahagian PBS 2011 - 2014 ) dan Dr Beting @ Joshua B ( Calon AGM ke 29 / 2014 ).
Ketua Bahagian
En Demis Rumanti

Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian diisi oleh En Ghani Sumbin ( Mantan Timbalan Bendahari  AJK 2011 - 2014 ) menewaskan rakan seperjuangan iaitu En Aljon K.Timbun , En Ricky Mondin yang bersaing dengan En Seipin Suali untuk slot Naib 1 telah dengan hormatnya En Seipin Suali memberi laluan kepadanya apabila undian perwakilan sama ( seri ), Naib II disandang oleh En Duis Walter Kandayon mengalahkan pesaing muda iaitu En Pinol Timbun, Manakala lima AJK Bahagian diisi oleh En Jaibi Kolu, En Albert Benjamin, En John Karid, En Aloysius Sindeh dan En Verocheel Palalun.

AJK Bahagian PBS 2015 - 2017
Pada ucapan pertama Ketua Bahagian ini , Dia merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua perwakilan yang mempercayainya untuk menerajui Parti PBS ( Bahagian ) untuk panggal ini, juga intipati dan suara hatinya bersama AJK Bahagian agar dapat memperjuang serta dimertabatkan Parti melalui menambah keahlian dan menghidupkan cawangan sedia ada disamping mengujudkan biro-biro khusus untuk mengaktifkan aktiviti Parti.

Kehadiran Pemerhati
GM ke 30 PBS Kadamian
Pada AGM PBS Kadamaian ke 30 ini hanya 56 perwakilan sahaja daripada 37 cawangan menunaikan pilihan kepimpinan Parti.    






Thursday 8 October 2015

AGM PBS KADAMAIAN PADA 16 OKT 2015 PENENTU SEMULA KEPIMPINAN PBS BAHAGIAN ( KADAMAIAN )

16 Okt 2015 bersamaan hari Jumaat di Dewan Sorob Kota Belud , Mesyuarat Agung PBS Kadamaian akan diadakan, bertepatan dengan Artikel 35 (ii ) Perlembagaan Parti Pindaan 1998, iaitu notis panggilan mesyuarat  , makanya tarikh ini dipilih dan amat bersesuaian , AGM PBS Kadamaian ini dirasmi oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan ( Priseden Parti PBS ).

Namun yang menjadi tumpuan adalah penarju kepada kepimpinan Parti ( Ketua Bahagian ), pengesahan diterima bahawa selepas tarikh akhir yang diberikan oleh Jawatankuasa Penyelaras Bahagian diketuai oleh Datuk Jahid Jahim rata-rata yang menawarkan diri menjadi calon untuk menjadi Ketua Bahagian telah menandatangani penerimaan untuk mengesahkan dirinya calon Ketua Bahagian. 

Pada 25 Sept 2015 yang lalu ketua-ketua cawangan Parti telah dijemput mendengar taklimat dan menerima borang pencalonan , penghantaran pencalonan berakhir pada 01 Okt 2015 dan seterusnya pembukaan penerimaan senarai calon dibuat di Ibu Pejabat Parti, seperti yang dijangka bahawa pencalonan Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian , Naib 1 , Naib 2 dan AJK telah diumumkan, Pemerhati yang hadir pada pengumuman tersebut menyuarakan pendapat masing-masing dan rata-ratanya dianggap pertandingan antara keluarga.

Tumpuan utama pada AGM ini ialah siapakah Ketua Bahagian PBS Kadamian yang baharu ? pengesahkan dari empat individu untuk menjadi Ketua Bahagian menjadi bualan dan saling mengukur ketokohan masing-masing,
En Daimin Sulukan - PPM Kadamaian 
 En Demis Rumanti ( Mantan Timbalan Ketua Bahagian - AGM ke 29/2014 ), En Daimin Sulukan ( Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( PPM ) / Mantan Setiausaha Bahagian PBS Kadamaian 2011 - 2014 ) ,En.James @ Mudezaim Muyou ( Mantan Bendahari  Bahagian PBS 2011 - 2014 ) dan Dr Beting @ Joshua B ( Calon AGM ke 29 / 2014 ) ,  daripada keempat-empat individu ini pengukur dan kepastian mereka berharap pada tangan-tangan keramat dari perwakilan 37 cawangan Parti yang hadir. 
En Demis Rumanti - Menghadiri AGM bahagian Sipitang 

Daripada pandangan dan pemerhati politik terutama kepada Ahli PBS untuk calon-calon ini amat sukar mempastikan siapakah yang layak untuk dijadikan pengemudi Bahagian PBS Kadamaian yang membutuhkan kepimpinan yang mampan bagi persiapan PRU 14 kelak, berbagai massage dan intipati yang diwar-warkan oleh calon-calon ini untuk daya tarikan serta dasar perjuangan Bahagian PBS Kadamaian, saya dapat menyimpulkan beberapa massage ini untuk dinilai fokusnya dan kesungguhan calon-calon Ketua Bahagian.
Dr Beting @ Joshua G -
Calon AGM 29 2014

VISI - Memandat Parti PBS Kadamaian dan memenangkan calon PRU 14  di samping menyokong terus calon menang Parlimen Kota Belud.

MISI - Bagi memuncakkan kegemilangan Parti PBS di Kadamaian berbagai agenda disusun atur berfokus kepada sistem urus tadbir ( menyediakan khas Pejabat Pengurusan / kerja bersistem dan berinfomasi ) , memantapkan semula cawangan, menggembelingkan tenaga dan idea generasi Muda , Menjalinkan hubungan baik kepada rakan Komponan Parti , mengwujudkan biro-biro. 

Calon Timbalan Ketua Bahagian
En Aljon K dengan En Ghani Sumbin
Calon Naib 2 En Walter K dan En Pinol K
Manakala , calon-calon Timbalan Ketua Bahagian ditandingi oleh En Aljon K.Timbun ( Ketua Cawangan  Kg Tamu Darat  dan En Ghani Sumbin, juga Naib 1, pertembungan dua penjuru iaitu En. Seipin Suali  dan En Mondin Ricky Gimbun , sementara di Naib 2, En Walter Kandayon  akan disaingi oleh En Pinol Timbun, manakala AJK Bahagian membariskan 15 pengesahan pencalonan untuk beradu nasib dalam lima (5) AJK mengiring kepimpinan bahagian.


En Verok Plalun - Beradu nasip AJK Bahagian
Namun apapun Pertandingan AGM PBS Kadamaian kali ini dapat memberi nafas baru selepas setahun AGM 29 ( 14 Ogos 2014 ) tidak disah untuk mencorakkan agenda perjuangan Parti, Segala Visi , Misi yang diwar-warkan ini sekurang-kurangnya menjernihkan mata perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar  Patriotisme demi Parti dan rakyat Kadamaian amnya.  

Friday 28 August 2015

MESYUARAT CAWANGAN PARTI PBS KADAMAIAN BERSIDANG PADA 30 OGOS 2015 - IMPAKNYA PADA PEMILIHAN KETUA BAHAGIAN

“ Perjuangan tetap diteruskan “, “ PBS masih releven di Kadamaian “,  itulah kata-kata sebahagian penyokong tegar Parti PBS di Kadamaian,  Perjuangan pucuk pimpinan akar umbi PBS kembali diperkatakan apabila secara serentak mengadakan Mesyuarat Agung pemilihan untuk penyusunan semula AJK PBS Peringkat cawangan pada 30 Ogos 2015 hujung minggu ini.

Dalam pertemuan ketua-ketua cawangan bersama YBHG Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras Bahagian N.7 Kadamaian ) baru-baru ini telah menetapkan tarikh tersebut telah dipilih untuk mengadakan Mesyuarat Agung ( Penyelarasan semula cawangan ) dan seterusnya Peringkat Bahagian, dari maklumat yang terdekat hanya 39 cawangan sahaja yang layak untuk mengadakan mesyuarat agung dan seterusnya penentu kepada pemilihan pucuk pimpinan PBS Bahagian.

YBHG Datuk Jahid Jahim ( Ketua Penyelaras Bahagian N7 Kadamaian )
bersama-sama dengan Jawatankuasa Penyelaras Kadamaian
dan Pengerusi-Pengerusi Cawangan 

Daniel Samudin
Pengerusi Cawangan
Kg Taginambur Jaya
Membayangkan kepada penarju kepimpinan Parti PBS di Kadamaian ( Jawatankuasa Bahagian Parti ) , ramai yang mentafsirkan bahawa salah satu penentu kepada pilihan Ketua Bahagian dan Jawatankuasanya adalah pada peringkat pemilihan cawangan dan perwakilan kelak , kebenaran ini tidaklah penentu mutlak , berbalik pada Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan dikabarkan bahawa ada ketua-ketua cawangan yang akan mempertahankan jawatan , juga ada yang memberi laluan kepada kepimpinan baharu , sistem demokrasi yang masih subur dikalangan ahli menjadi ukuran untuk perkara ini dan sememangnya diterima dalam semua pertandingan,

Aljon K.Timbun
Pengerusi Cawangan
Kg Tamu Darat
Parti PBS yang berusia 31 tahun ini kekal bertahan dan diterima oleh rakyat dalam wadah perjuangan Politik Negeri Sabah, Ketokohan Huguan Siou, YAB Datuk Seri Panglima Joseph Pirin Kitingan ( Priseden Parti ) menjadi tunjang dan atas dasar inilah penerimaan kekal dihati rakyat, cuma berbeza berlaku di Kadamaian pada PRU 13 apabila calon dari PBS tewas.

Dari ukuran inilah peluang untuk mengembalikan penerimaan Parti PBS di Kadamaian haruslah dari ke Peringkat Cawangan, sebahagian cawangan tidak dapat diaktifkan atas ketidak sempurnaan urus tadbir parti sehingga terlepas pada AGM kali ini,   

Gurad Selimun
Pengerusi Cawangan
Kg Telungan 
Membariskan kepimpinan baharu peringkat cawangan juga diambil kira dalam memperjuangkan Parti disamping itu penerimaan dan mengkekalkan pucuk pimpinan lama menjadi mentor diseimbangkan agar legasi idea dan perjuangan tetap seiring.

Andrew L.Talud
Pengerusi Cawangan
Kg Tambulion Laut
Mengimbas, ucapan Presiden Parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa ulangtahunnya ke 72 , Beliau berkata, walaupun banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam arena politik negara sepanjang tempoh , namun PBS berjaya menghadapinya dengan penuh ketabahan, keyakinan dan kekuatan.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kejayaan itu adalah hasil sokongan berterusan rakyat dan pemimpin parti di semua peringkat termasuk anggota majlis tertinggi, ketua bahagian dan pemimpin akar umbi ( cawangan ) , pimpin parti yang selama ini begitu tabah untuk bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat, marilah kita terus memperbaharui tekad untuk terus menabur bakti kepada rakyat dan negeri ini demi kebaikan semua,"
 
Melon Yaming
Pengerusi Cawangan
Kg Melangkap Kapa


Jestru itu , Walau apapun perubahan dan rombakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Peringkat Cawangan , berubah atau kekal tidaklah semestinya ini mencerminkan senario sebenar barisan hadapan, semua ini hanyalah pendapat penulis sendiri.


Siapalah yang menawar diri mengepalai ( Ketua Bahagian ) ?, Kita akan sama-sama menanti .  

Monday 16 March 2015

PERSATUAN PELANCONGAN KADAMAIAN SABAH ( KATA ) NADI PENGERAK SUB EKONOMI DI KADAMAIAN

PERSATUAN PELANCONGAN KADAMAIAN SABAH 
( KATA  )

LOGO KATA 
KADAMAIAN TOURISM ASSOCIATION SABAH / PERSATUAN PELANCONGAN KADAMAIAN SABAH mengorak langkah demi kadamaian , Fokus memperkasakan pelancongan di Kadamaian sebagai nadi ekonomi penduduk seiring kehijauan bumi yang belum ternoda , aliran sungai bertintahkan ikan-ikan TAGAL dan deritan HOMESTAY.

Sejajar dengan itu pemacuh kejayaan KATA didaftar sebagai Persatuan yang sah memberi nadi untuk mengerak sub ekonomi kepada penduduk di Kota Belud amnya Kadamaian.     



VISI

“MENJADIKAN KADAMAIAN DESTINASI PELANCONGAN GLOBAL MENJELANG 2025”

OBJEKTIF

·         Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelancongan dalam sosio-ekonomi dan alam sekitar,
·         Menjenamakan makanan tradisi supaya mempunyai nilai komersial yang boleh dipasarkan,
·         Mengujudkan sekurang-kurangnya dua orang usahawan yang bertaraf bintang setiap tahun bermula 2017,
·         Menyesarkan sekurang-kurangnya 10% dari seseluruhan pelancong negeri berkunjung di pusat-pusat peranginan di Kadamaian menjelang tahun 2018,
·         Menjadi destinasi pelancongan global dalam aspek pelancongan ekonomi, budaya, pendidikan, sukan, makanan, pertanian menjelang tahun 2025.

JAWATANKUASA PENAJA

Pengerusi                    : En. Walter Kandayon
Timbalan Pengerusi     : En. Mondin Gimbun
Setiausaha                   : Cik Rozie Jumat
Penolong Setiausaha   : En. Laimin Omar
Bendahari                    : Pn. Kamisah Laiti
Penolong Bendahari    : Pn. Lusiah Engki

AJK :

En. Daniel Samudin
En. Ghani Sumbin
En. Andrew Lain
Pn. Esther Toihin
En. Melon Yaming
En. Javadius Bolah
En. Verox Palalun
En. Gimin Linduman
En. Weelvitin Sumbin

AJK KATA Kunjungan Hormat dengan PPM Kadamaian















Monday 16 February 2015

39 CAWANGAN PBS DI KADAMAIAN PENENTU KESENIMBUNGAN PERJUANGAN PBS

Apabila  Mesyuarat Agung Tahunan PBS Kadamaian  ke 29  yang berlangsung pada 14 Ogos tahun lalu di batal  / di gantung maka senario kembali  “ panas “  apabila pemilihan kepimpinan Bahagian Pemuda, Wanita dan Induk diadakan kembali dijangka pada masa yang terdekat.

Mengimbas keputusan AGM ke 29 sebelum ini, kepimpinan pemuda, wanita dan ketua Bahagian dikemudi oleh ketua-ketua yang baru , En Johnny Sulukan ( Ketua Pergerakan Pemuda ), Pergerakan Wanita Puan Felicia Sindan dan Ketua Bahagian Parti PBS Kadamaian En Barahim Taliban untuk sesi 2014 – 2017 namun dalam waktu sesingkat barisan kepimpinan yang dipilih oleh 105 perwakilan telah dinafikan kerana  “ masalah tersirat “  , Umpama anak tidak berpenjaga kepimpinan Pusat Parti telah mengambil alih untuk menyelia PBS Bahagian N7 Kadamaian sehingga pemilihan Jawatankuasa baru dibentuk.

Mungkin sinar tahun 2015 ini menjadi lebih cerah lagi apabila kelancaran pemilihan kepimpinan parti peringkat Bahagian N7 Kadamaian berjalan dengan lancar tanpa gangguan isu-isu dalaman “ demokrasi “  adalah tunjang kita untuk membuat pemilihan, biarkan tangan-tangan perwakilan akan memilih ketuanya, juga AGM tahun ini mungkin di wakili oleh cawangan-cawangan yang disah oleh kepimpinan Pusat dan sebelum tarikh makluman AGM Bahagian, sememangnya mesyuarat cawangan akan menjadi pertaruhan awal oleh calon-calon yang mengintai duduk di kerusi  Ketua Bahagian , Ketua Pemuda dan Wanita PBS N7 Kadamaian , dimaklumkan bahawa yang layak menghantar perwakilan hanyalah 39 cawangan inipun bergantung kepada keputusan mesyuarat peringkat cawangan dan jumlah perwakilan setiap cawangan.


Secara tidak rasmi dan cakap-cakap dalam laman sosial / whatshapp kemugkinan gundohing Barahim Taliban tidak akan mempertahankan jawatan yang diberi oleh perwakilan tahun lalu , namun secara terang-terang En Demis Rumanti ( Mantan Timbalan Ketua Bahagian ), Dr Beting @ Joshua B ( Calon Ketua Bahagian – AGM ke 29 /2014 )  dan En Daimin Sulukan ( Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( PPM ) baru / Mantan Setiausaha Bahagian PBS Kadamaian 2011 – 2014 ) mengumumkan akan merebut Jawatan Ketua Bahagian Parti PBS N7 Kadamaian.        

Thursday 21 August 2014

JAWATANKUASA BAHAGIAN ,PERGERAKAN PEMUDA DAN WANITA PBS KADAMAIAN KOMITED UNTUK MEMPERKASAKAN PARTI

Hari ini selang seminggu pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Kadamaian ke 29 di Dewan Gopog, Taginambur pada 14 Ogos 2014 , Kepimpinan Bahagian , Pemuda dan Wanita untuk 2014 - 2017 telah diketahui dan jawatan utama ini semuanya bertukar, Kepimpinan Ketua Bahagian Parti diterajui oleh En.Barahim Taliban menewaskan penyandang jawatan iaitu Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Dr. Beting @ Joshua, terdahulu En Barahim Taliban berada di kem yang sama setelah menduduki Jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada tempoh 2011-2014.

Manakala Jawatankuasa Pergerakan Pemuda diisi oleh En.Johnny Sulukan tanpa pertandingan serta dibarisi oleh AJK baharu, begitu juga di Pergerakan Wanita Kadamaian penyandang tarbaharu iaitu Puan Felicia Sindan , secara kesimpulannya kesemua Jawatan utama ini orang baru dan sememangnya fokus serta corak kepimpinannya adalah berbeza dengan terdahulu. 

YB Johnny Mositun
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian, Pemuda dan Wanita N7 Kadamaian disempurna oleh YB Datuk Johnny Mositun ( Setiausaha Agung ) Parti Bersatu Sabah (PBS) menghendaki agar proses pemilihan pemimpin tidak hanya dilakukan mengikut lunas-lunas perlembagan parti tetapi juga bakal melahirkan pemimpin berkualiti yang dapat menyumbang idea-idea bernas ( gabungan veteren dan muda ) bagi memantapkan PBS pada keseluruhannya.

Seperkara lagi yang dibangkit oleh Setiausaha Agung ialah, Pemimpin PBS berharap dapat menilai secara rasional dapatan isu-isu berpaut di media-media social atau laman sesawang yang segaja memesong pemikiran golongan muda agar bertanggapan negetif terhadap PBS dan Kerajaan supaya ditangkis secara bijaksana, Justeru itu sebagai pemimpin pelapis yang berpengetahuan, berpendirian dan berwibawa untuk meneruskan legasi perjuangan PBS di masa hadapan.

Keputusan pemilihan ini kalau dinilai dan dihalusi sememangnya hujah Setiausaha Agung PBS dimanafat oleh 105 Perwakilan apabila pemimpin-pemimpin utama diterajui oleh orang baru yang berpengalaman dan sememangnya laungan tranfoamsi kini ada tanda-tanda untuk menarik hati para penyokong tegar PBS khususnya di Kadamaian.

Barahim Taliban  ( KP 2014-2017 )
Pada ucapan terima kasih Ketua Bahagian yang baharu, En. Barahim Taliban telah menggariskan dan mengumumkan beberapa isu dan galakan baru demi menyambung dan memertabatkan PBS, :- 

Point Ucapan Ketua Bahagian baharu.
  • Dengan gandingan baharu pada semua Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Wanita serta cawangan Parti serta pengundi di Kadamaian berganding bahu untuk dapatkan semula Kadamaian ditangan PBS pada PRU 14.
  • Memperkasakan Parti dengan mengwujudkan 10 Biro 
  • Memperkenalkan Majlis Penasihat dikalangan ilmuan dari segi pendidikan Rohani dan Moral
  • Memberi galakan sokongan kewangan kepada Pergerakan Wanita dan Pemuda untuk menjalankan aktiviti Parti.
  • Menstukturkan pentadbiran Parti dengan menyediakan Pejabat baru / Perhubungan demi kelancaran Program parti di bahagian dan cawangan.

Rakan-rakan Barisan Nasional juga merakamkan ucapan tahniah kepada kelancaran dan perlantikan Ketua Bahagian, Pergerkan Pemuda dan Wanita yang baru bagi sesi 2014 - 2017.

AGM Pergerakan Pemuda - Bilik Gerakan Tamu Darat

Perwakilan di Dewan Gopong, Taginambur Kota Belud





Friday 1 August 2014

PEMILIHAN / AGM PARTI PBS : 14 OGOS 2014 PENENTU CORAK KEPIMPINAN PBS DI KADAMAIAN

Jawatankuasa Pemilihan / AGM Parti PBS ke-29/2014 telah rasmi menutup pencalonan dan seterusnya menganalisis borang-borang pencalonan yang dihantar pada 31 Julai 2014, secara tidak rasmi sebanyak 66 cawangan PBS telah berjaya menghantar borang pencalonan. 

Dari laporan dan anaslisis yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan AGM Parti, semua jawatan di AJK Bahagian Parti dimaklumkan ada pertandingan , bermakna pada 14 Ogos 2014 ini perhitungan dan pemilihan calon-calon yang bertanding bergantung pada ahli perwakilan yang hadir.

Maklumat ringkas , Jawatan Ketua Bahagian Parti ( 3 Penjuru ) , Timbalan Ketua Bahagian ( 4 Penjuru ), Naib 1 ( 3 Penjuru ) , Naib 2 ( 2 Penjuru ) manakala AJK Bahagian 31 Ahli. Jikalau calon-calon yang bertanding ini  masih kekal dan tidak ada tarik diri maka jawatan yang menjadi  " Panas " ialah Jawatan Ketua Bahagian untuk edisi : 2014 - 2017, Penyandang sekarang untuk sesi 2011 - 2014 ialah Datuk Herbert Timbun Lagadan ( Mantan ADUN N.7 Kadamaian ), diwar-warkan pencabar Jawatan Ketua Bahagian ialah Timbalan Ketua Bahagian sendiri dan seorang bergelar " Dr ".

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian Parti N.7 Kadamaian akan menjadi tumpuan , para pemerhati dan penganalisis Parti berpendapat bahawa kesenimbungan kepimpinan Parti bergantung kepada pengemudi Induk di Kawasan Kadamaian akan datang , kerana sebelum ini Kadamaian yang selesa di tangan ADUN yang diwakili dari Parti PBS sendiri. Namun fenomena PRU 13 mengesahkan sebaliknya , kehilangan 5 ADUN dan 1 Parlimen semasa PRU 13 termasuk ADUN Kadamaian mungkin akan dijadi ukuran cakap-cakap dan point kempen calon-calon atau disebalik perubahan corak pemikiran dan aspirasi rakyat  jelata khususnya generasi muda masa kini.

Kepimpinan dan halatuju Parti untuk mengembalikan keyakinan rakyat menjadi cabaran berat untuk AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita kali ini kerana kecundangnya Parti PBS di kawasan majoriti KDM yang diwakili sejak tahun 1999 .  Secara ringkasnya, Pewakilan di setiap cawangan Parti  ( 8 Mukim ) akan berkumpul di Dewan Gopog, Taginambur Jaya, Kota Belud  pada 14 Ogos 2014 untuk menunaikan tanggungjawab untuk memilih Pemimpin  yang akan membarisi AJK Bahagian , Pemuda dan Wanita bagi sesi 2014 - 2017.

SENARAI AJK BAHAGIAN N.7 KADAMAIAN BAGI SESI 2011 - 2014

Ketua Bahagaian
:
Datuk Herbert Lagadan
Timbalan Ketua Bahagian
:
En. Barahim Taliban
Naib Ketua  1
:
En Joly Malubai
Naib Ketua 2
:
En. S.Amin Goling
Naib Ketua ( Pemuda )
:
En.Johnny Sulukan ( Memangku )
Naib Ketua ( Wanita )
:
Pn. Dyana Salagan
Setiausaha
:
En.Daimin Sulukan
Timbalan Setiausaha
:
En. Daudi Goroh
Bendahari
:
En.James @ Mudezaim Muyou
Penolong Bendahari
:
En. Ghani Sumbin
Pegawai Penerangan
:
En. Gompuhur Dengkiris



AJK :


:
En. Empin Galing


En. Jubelit Paun


En. Pilim @ Jesley Goporoi


En. Seipin Suali


En. Joseph Bangali


En. Albert Tanggau Kolod


En. Sembuoi Yangkat

" Tidak dinafikan PBS sebagai sebuah Parti Politik yang matang memerlukan proses transformasi politik dari segi organisasi, kepimpinan dan terus berjuang, saya yakin PBS akan dapat menyesuaikan dirinya dengan perubahan zaman dan menghasilkan tunas baru untuk mengemudi perjuangan Parti di abad ke 21 " ... YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan - Presiden Parti PBS ( Perutusan Mesyuarat AGM Tahunan kali ke 28/ 2013 PBS di Kadamaian ).

.....Kita akan menyusuri agenda AGM ini dengan mendengar dan melihat Visi, Matlamat perjuangan calon-calon yang akan bertanding kelak dalam edisi akan datang.  

Penganalisis kecil. 

Monday 13 January 2014

KONSEP 1MALAYSIA TERSERLAH DI MAJLIS RUMAH TERBUKA KRISTMAS 2013 DAN TAHUN BAHARU 2014 PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

Memetik ucapan Dari YB.Datuk Rahman Datuk Hj.Dahalan ( Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ) semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Kristmas 2013 dan Tahun Baharu 2014, anjuran Pusat Khidmat Parlimen 169 Kota Belud dan Gabungan Gereja-Gereja Daerah Kota Belud di Dewan Tun Said Kota Belud pada 12 Jan 2014 menyimpulkan bahawa slogan 1 Malaysia di Kota Belud terserlah walaupun daerah ini di huni  93 ribu penduduknya dari pelbagai bangsa seperti bajau, Kadazan-Dusun, Irranun, Cina dan lain-lain dengan majoriti beragama Islam , kerukunan, kefahaman dan keseimbangan budaya serta toleransi beragama membuatkan perayaan seperti ini dapat dikongsi bersama dan dilangsungkan.
YB Datuk Rahman Datuk Hj Dahlan
Kota Belud Konsep 1 Malaysia

Memotong Kek  - Sebagai simbolik dan lambang perpaduan
Masyarakat Kota Belud, YB Datuk Rahman , YB Ukoh serta
tetamu turut serta dalam memotong kek tersebut.
YB. Datuk Rahman Hj. Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud adalah tetamu utama serta pencetus idea keatas kelangsungan Majlis yang julung kali dianjurkan ini , kehadiran pengunjung pada masa itu juga turut berpeluang menonton dalam pelbagai  persembahan dari Gereja-Gereja seperti Koir, Tarian Rebana serta penampilan nyanyian solo dari adik Princess Padili  rasa terhibur dan berpuas hati.

YB Ukoh @ Jeremy Malanjad ( ADUN N.7 Kadamaian ) tetemu di Majlis tersebut senada dan amat bersetuju dengan ungkapan dari Datuk Rahman ,  Bagi  Ewon Benedick - Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah  " Rasa gembira dan bangga menjadi sebahagian daripada acara ini , sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Parlimen Kota Belud dihoskan oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah mungkin Menteri beragama Muslim dari UMNO yang pertama menghoskan rumah terbuka Krismas " .  
 

Dr. Kibin Haji Samad ( Setiausaha Politik kepada Kementerian YB Datuk Rahman ), juga amat berpuas hati akan kelangsungan dan kejayaan acara ini semoga sikap berkongsi idea dari masyarakat Kota Belud dapat diteruskan tegasnya.

Kehadiran tetamu dari kalangan Ketua-Ketua Gereja dan NGO-NGO serta pemimpin-pemimpin Politik turut memeriahkan lagi majlis.

Kejayaan dan kelancaran majlis ini juga dipanjangkan terima kasih kepada tenaga kerja yang di ketuai oleh En. Idris Nanti ( Ketua Perhubungan Parlimen 169 Kota Belud ) serta pengerusi bersama Pastor Samry Maudin juga rakan-rakan dalam Jawatankuasa Majlis tersebut. 
 
YB Datuk , bersama dengan ADO Tuan Peter Jiton , En Ewon B
dan En.Majin P ( Pemimpin Kemajuan Rakyat Usukan ) serta
Para Jemputan  

Para Tetamu yang hadir di Majlis ini

Turut serta - Hadir pada Majlis ini ( Pelancong )
 
 Persembahan Angklong - SMK Narinang Kota Belud.
AJK Pelaksana - Bersama dengan En Idris Nanteh